Nabila Huda luah sesuatu pasal suaminya selepas 7 tahun kahwin, “ramai doakan..”. Sempena dengan ulang tahun ketujuh perkahwinan, pelakon Nabila Huda meluahkan rasa terima kasih kepada suami tercinta.“Dear husband, terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu (Keisha Laila). Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan karenah isteri mu yang dr4matic ini.
“Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh Iawan. Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri,” katanya.
Walaupun sudah mendirikan rumah tangga hampir tujuh tahun bersama Mohd Izwan Johar, Nabila Huda reda dan menganggap belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Nabila berkata, dia juga tidak bercadang untuk melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai altenatif untuk memiliki zuriat.”Siapa tak nak anak. Saya memang nak anak lagi. Keisha (hasil perkahwinan pertama) pun dah makin besar. Kalau boleh saya nak anak ramai dan setiap tahun ada zuriat.
”Kami dah usaha tapi belum ada rezeki. Saya dan suami pun ada pergi buat pemeriksaan dan doktor sendiri beritahu kami berdua tiada apa-apa masaIah.
Takda apa yang saya minta daripada awak, cukuplah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan Keisha macam tuan puteri setiap hari. Masak, buat kerja rumah, basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah, buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami.“Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you.
We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok. I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya. Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar,” tutup Abil.Untuk rekod, Nabila Huda mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Lihat siaran ini di Instagram