Kedai durian Musang King adalah antara tujuh premis yang disita kerana beroperasi tanpa lesen
Dan menghalang laluan awam dalam operasi penguatkuasaan di sekitar ibu negara pada kelmarin.
Operasi ini melibatkan penjaja yang berniaga di bahu jalan serta premis kedai makan yang meletakkan meja, kerusi, dan peralatan lain di kawasan yang menghalang laluan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Penguat Kuasa bersama pejabat cawangan Segambut dan Kepong.
“Dalam operasi ini, dua penjaja di Parlimen Segambut dan lima premis perniagaan di Parlimen Kepong telah diambil tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL dalam satu hantaran di Facebook.
“Kesemua barangan yang melanggar peraturan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.”
Dalam hantaran yang sama, DBKL memberi amaran kepada semua pihak supaya mematuhi peraturan
. Mereka juga menyatakan bahawa pemantauan secara berkala di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti akan terus dilakukan.
Sebarang aduan boleh disalurkan melalui pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
BACA: Kabinet bakal dirombak, menurut sumber Menteri dari PKR bakal digugurkan?