Mursyidul Am Pas cabar supaya audio ‘jatuhkan’ Hadi didedah kepada umum

Oleh MHDAILY

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menafikan wujud audio yang mengaitkan dirinya dengan gerakan yang mahu menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti heboh diperkatakan.

Beliau turut mencabar individu yang menyebarkan fitnah itu supaya mendedahkan audio rakaman yang didakwa perbualan antara dirinya dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga Setiausaha Majlis Syura Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

“Audio apa yang dimaksudkan? Tidak ada audio seperti didakwa, saya nafikan apa yang disebarkan itu.

Baca Artikel Penuh