Mulanya tak nak beli tapi lama dia depan rumah bagi salam tak putus-putus, wanita kongsi cerita sedih budak 12 tahun jual cendawan
Wanita kongsi cerita sedih…” Budak lelaki 12 tahun datang rumah jual cendawan, ini berlaku.
Seorang wanita berkongsikan satu kisah mengenai seorang budak lelaki yang datang ke rumahnya dan kisah itu dengan pantas menjadi tular di media sosial.
Menurut perkongsian wanita yang dikenali sebagai Rosmalina Roslan di laman facebooknya, budak lelaki berusia 12 tahun itu datang ke rumahnya kerana mahu menjual ayahnya menjual cendawan demi mencari rezeki buat keluarga.
Mulanya wanita ini tidak berminat nak beli cendawan tiram yang dijual budak itu, tapi budak itu tidak berputus asa dan memberi salam tak putus-putus. Jom kita baca perkongsian wanita ini:
Dia bagi salam depan umah datang nak jual cendawan tiram. Saya kat dalam pada mulanya tak nak beli. Tapi agak lama dia depan umah sambil duduk & bagi salam tak putus-putus. Saya buka pagar & tengok air muka..
Katanya belum makan..
Ya Allah Kesiannya… tanya dah makan belum, katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak… Saya pelawa masuk & ajak makan Kuey Teow goreng (masak untuk sarapan pagi tadi)…Alhamdulillah habis.
Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah & mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak?Kanak-kanak Terpaksa Ponteng Sekolah Demi Menolong Bapa Jual Cendawan
Ayah kerja RELA, mak kerja di Pahang
Katanya tinggal kat Cahaya Baru. Ayah kerja Rela. Mak ada tapi kerja kat Pahang. Balik seminggu sekali. Adik-adik pun ada lagi, sorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain.
Dia sekolah lagi…darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti arini suruh jual cendawa… Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni,tapi dah berkorban tolong keluarga.
Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga… Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain.
Semoga sentiasa dilimpahkan rezeqi untuk adik ni.
Kalau ada terjumpa adik ni, beli lah walaupun 1.
Diakhir statusnya, wanita ini mendoakan semoga adik ini dimurahkan rezeki dan orang ramai boleh membeli cendawan yang dijualnya jika ada terserempak.
BACA: Patutlah masa tengok perlawanan bola ada budak ikut player bola masuk padang, ini sebabnya