Mujahid luah rasa syukur akta syarie yang diusahakan masa jadi menteri akan berkuatkuasa

Oleh MHDAILY

Mujahid luah rasa syukur akta syarie yang diusahakan masa jadi menteri akan berkuatkuasa. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersyukur kerana Akta Profesion Guaman Syarie 2019 (Akta 814) akan dikuat kuasa pada 21 Jun ini.

Naib Presiden AMANAH berkenaan berkata, peruntukan yang diluluskan semasa beliau menjadi menteri itu akan memberikan perlindungan kepada peguam syarie.

“Alhamdulillah setelah dibentangkan, dibahas dan diluluskan semasa saya menjadi Menteri bertanggungjawab pada 2019, kini para peguam syarie dan pelanggan khidmat mereka akan diberikan perlindungan dan dipantau oleh sebuah akta khusus.

“Pembentukan Badan Peguam Syarie (BPS) yang diumumkan oleh Datuk Idris Ahmad Menteri Agama hari ini adalah diperuntukkan dalam akta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, pewartaan akta itu pada 2019 adalah salah satu pencapaian di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah dinantikan sekian lama.

Mujahid luah rasa syukur akta syarie yang diusahakan masa jadi menteri akan berkuatkuasa
Peruntukan tersebut antara lain bagi menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Melalui akta itu, bakal peguam syarie akan diwajibkan menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan yang dianggap sebagai satu tempoh mencukupi bagi membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian satu-satu kes.

Pewartaan Akta 814 pada 2019 adalah salah satu pencapaian kerajaan PH.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata Akta 814 akan diterima pakai oleh negeri lain untuk penyeragaman undang-undang berkaitan di negara ini.

Idris yang juga Naib Presiden Pas itu memberitahu akta berkenaan setakat ini digubal bagi pemakaian di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan diharap akan dijadikan undang-undang model di setiap negeri.

Mengulas lanjut, Dr Mujahid berkata, banyak lagi usaha tindakan susulan yang diperlukan seperti Majlis Peguam Syarie dan kriteria penarafan lain seperti yang diperuntukkan dalam akta.

“Semoga martabat kehakiman dan pengamal undang-undang syarie terus diperkasakan menjadi institusi perundangan Islam yang dihormati,” tambah Ahli Parlimen Parit Buntar itu lagi.

BACA:

Aeril Zafrel terkejut kena bayar RM10K makan di restoran Salt Bae

GRO dari Malaysia dedah dapat pulangan lumayan, hampir RM40K sebulan

Leave a Comment