Mujahid fokus bantu pelajar kurang berkemampuan, ajak orang ramai turut bantu

Mujahid fokus bantu pelajar kurang berkemampuan, ajak orang ramai turut bantu

Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengajak orang ramai terutama golongan korporat memberi bantuan peranti kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran dalam talian.

Dr Mujahid berkata, bermulanya sesi persekolahan yang baharu , berlaku kesukaran dan kerunsingan ibubapa serta pelajar dalam penyediaan fasiliti pembelajaran dalam talian menjadi semakin ketara

“ Saya mengharapkan lebih ramai dermawan prihatin dapat bersama-sama menyumbang untuk program bantuan peranti/gajet ini.

“ Lebih ramai yang menyumbang, lebih ramai pelajar dari keluarga kurang berkampuan akan menerima manfaat program ini” katanya semasa menyampaikan sumbangan tablet kepada dua pelajar di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau dekat sini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang awal yang membantu dalam program bantuan peranti/gajet kepada pelajar di Parlimen Parit Buntar anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar.

“ Hari ini, saya menyerahkan satu unit tablet baru kepada seorang pelajar sekolah rendah kerana peranti yang digunakan sebelum ini, sebuah telefon bimbit telah rosak .

“ Beliau terpaksa berkongsi dengan adik beradik lain untuk mengikuti PdPR (pembelajaran dalam talian) . Ibunya seorang ibu tunggal tidak berkemampuan menyediakan peranti yang lebih baik” katanya

Menurutnya, seorang pelajar lagi yang menerima tablet adalah pelajar sekolah menengah yang juga berkongsi dengan adik beradik lain untuk mengikuti PdPR.

“ Keluarganya tidak mampu menyediakan peranti yang lain kerana bapa beliau seorang nelayan yang berpendapatan rendah.

“ Semoga dengan bantuan tablet ini dapat membantu para pelajar ini untuk mengikuti PdPR, agar mereka tidak tercicir dalam pembelajaran” katanya

Orang ramai yang berhajat menyumbang peranti baru atau terpakai boleh disampaikan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar beralamat No 7,Jalan Merbok, Pekan Baru. 34200 Parit Buntar.

Sumbangan tunai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 08022010050832 di atas nama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar

Untuk Maklumat lanjut Sila hubungi HAWA – 017 5175576, NAKHAIE – 019 5749656, HADI – 010 3757377 atau melalui email beralamat [email protected]

Berita penuh : https://perakinsights.com/2021/02/19/dr-mujahid-ajak-orang-ramai-bantu-pelajar-kurang-berkemampuan/