Mujahid berbasikal ziarah kampung sekitar Parit Buntar

Mujahid berbasikal ziarah kampung sekitar Parit Buntar

Alhamdulillah, Kayuhan santai hari ini saya bersama Pemuda Parit Buntar ke kawasan sekitar Batu Lima sejauh 15 kilometer melalui jalan-jalan kampung.

Persinggahan pertama kami di Kampung Parit Haji Tahir melawat Surau Haji Ihsan yang telah siap di bina melalui peruntukan yang diusahakan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Parit Buntar bernilai RM 150k. Saya juga di bawa oleh Ajk Surau melihat keadaan surau baru yang sangat selesa untuk orang kampung beribadah.

Melalui jalan pulang ke Parit Buntar saya singgah di Parit Mat Aris Bawah menyampaikan sedikit barang keperluan dapur kepada seorang ibu yang tinggal bersama anak-anak beliau.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pemuda dan Pegawai Penyelaras Dun yang turut serta dalam kayuhan santai bagi ini.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar.

Sumber :

COMMENTS