Muhyiddin saman Puad Zarkashi kerana persoal SOP balik Indonesia

Oleh MHDAILY

Peguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang dianggap “memfitnah”.

Menurut laporan The Edge surat tuntutan itu dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dialamatkan ke Puad di Putrajaya.

Ia berhubung hantaran dibuat bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mengenai Muhyiddin di media sosial baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut Puad membangkitkan persoalan mengenai prosedur kuarantin ke atas Muhyiddin yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Baca Artikel Penuh