Muak dengan isu air yang tak berkesudahan, aktivis Pas mula desak AKSB dirombak

Oleh MHDAILY

Muak dengan isu air yang tak berkesudahan, aktivis Pas mula desak AKSB dirombak. Isu air di Kelantan. Antara rombakan AKSB atau tukar Kerajaan.

Oleh Zahari Sulaiman, Pengkalan Chepa Network For Hate Studies

Adalah sangat baik jika kita cuba satu kaedah rombakan keseluruhan struktur AKSB.

Muak dengan isu air yang tak berkesudahan, aktivis Pas mula desak AKSB dirombak

Tawarkan Pemberhentian Secara Sukarela (VSS). Berikan faedah penamatan atau pampasan. Takpo habis juto pun, bayar. Rakyat Kelantan bersama kita.

Hadirkan profesional dan jurutera berwibawa anak-anak Kelantan ke AKSB. Bayar gaji mahal dengan syarat, you beronar, you akan dipecat. Biar padan dengan gaji mahal.

Keduanya, ingin disedarkan, ramai komen mudah iaitu tukar kerajaan, tukar kerajaan. Begini jawabnya. Apa plan pihak yang ingin tukar? Pernah dengar tak mana-mana pihak yang beri cadangan dan bentang plan berkenaan air? Takde.

Semua tahu bukan boleh diselesaikan walau satu kerajaan baru memerintah. Hanya meniti di mulut tukar. Bila tanya, tak tahu nak buat apa pun sebenarnya.

Sama halnya di Persekutuan. Bukannya kita tidak pernah tukar dari BN ke PH. Kemudian PN. Bertukar ramai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Tunggakan berbilion Royalti Petroleum Kelantan masih tidak dapat dilunaskan. Kementerian dan agensi berkaitan air pun ada diperingkat Persekutuan. Tanggungjawab bersama dalam konteks Malaysia. Rakyat Malaysia.

Jadi, kami menyeru, MB & Exco berkaitan, perlu berani lakukan rombakan dalam AKSB. Tidak boleh tidak lagi. Ini kalilah.

Kami tidak tidur lena memikirkan masalah air, solusi dan cara menjawab kepada rakyat, adalah celaka jika ada mana-mana mereka yang terlibat dalam urusan air mampu tidur lena setelah kita mendengar kisah kejadian kebakaran di Berek 12 sehinggakan pihak Bomba sukar memadamkan kebakaran kerana tiada air mencukupi.

Semoga Allah mengampunkan dosa dan kegagalan kita.

BACA:

“Aku mangsa cabul bapa tiri, pernah sekali aku sedang masak, dia datang memeluk dan merabaku dari belakang, reaksi ibu buat aku sedih”

Kecoh patung Buddha dijumpai di Sarawak, bila diselidik nilai sebenar artifak ini buat ramai terkejut!