“Mohon maaf pandu perlahan, isteri saya baru bersalin czer” – nota Axia jadi perhatian. Suami yang baik merupakan satu rezeki yang tidak ternilai buat para isteri.
Setiap isteri atau wanita pastinya berasa sangat bahagia apabila mengetahui bahawa pasangannya sentiasa bertanggungjawab dan menyayangi terhadap dirinya.
Wanita juga akan merasa istimewa dan dihargai apabila diberi layanan penuh dengan kasih sayang. Kadangkalanya, cara lelaki menunjukkan kasih sayang jauh berbeza daripada jangkaan wanita.
Seperti baru-baru ini tular sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok @papan4kal yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Axia mempamerkan nota pada cermin belakang untuk makluman para pengguna jalan raya yang lain.
Nota tersebut bertulis, “Maaf lambat jalan. Isteri saya baru lepas bersalin czer. Terima kasih.”
Apabila terbaca nota tersebut, fahamlah pengguna jalan raya bahawa di dalam kereta tersebut ada ibu yang baru bersalin secara pembedahan.
Tindakan sedemikian dapat mengelakkan para pengguna jalan raya berasa berang dengan cara pemanduan yang perlahan.
Selain daripada mengelakkan kesabaran pengguna jalan raya teruji akibat pemanduan yang perlahan, tindakan si suami yang menampal nota tersebut pada kereta itu memperlihatkan dia adalah suami yang prihatin terhadap keperitan yang ditanggung isterinya selepas bersalin secara pembedahan.
Tindakan itu juga telah mencuri perhatian ramai dan warga maya berasa amat terharu melihat usaha si suami itu.
Menjengah ruangan komen, ramai ibu-ibu yang pernah bersalin secara pembedahan turut berkongsi perasaan betapa peritnya menahan kesakitan selepas bersalin.
Jadi, apabila ada suami yang memahami seperti lelaki itu, pasti mendamaikan jiwa dan rasa dihargai.
Ujar mereka;
“Terharu. Untung siapa dapat suami seperti ini sangat prihatin dengan isteri.”
“Allahu. Bagus suami dia. Lepas bersalin czer memang sangat seksa. Langgar lubang sikit je memang rasa separuh nyawa.”
“Harus dipuji… dia tau jalan raya hak bersama dengan yang lain… so tindakkan dia memang dipuji sangat. Dan orang yang baca, sejuk rasa hati.”
“Ya bagus buat macam tu… sebab apa orang tak bersangka burukk kerana slow bawa kereta ni. Semoga ALLAH mudahkan urusan abang.”
“Orang yang bersalin czer je tahu pertama nyilunya kalau terlanggar sedikit bonjolan.”
Sama ada ibu bersalin secara normal atau pembedahan, kedua-duanya perlu dijaga dengan rapi. Tiada siapa pun boleh mempertikaikan cara melahirkan yang dipilih oleh ibu kerana pasti mereka sudah pun memikirkan baik buruknya kaedah melahirkan yang dipilih itu.
Semoga bermanfaat!
BACA:
Unik! Lelaki ni boleh bau dan rasa perkataan