Kalau nak beli selalu memang agak mahal sos cili Thai ni, tambahan ia hanya digunakan sekali sekala.
Tapi kalau setiap hari jamah ia macam makan budu, maka lebih baik buat sahaja sendiri di rumah, jimat dan boleh makan banyak.
Resipi ini dikongsikan oleh Haslindawati Omar di Facebook Masak Apa Hari Ni.. (
MAHN), dan jangan terkejut, modalnya hanya RM5 untuk dapatkan tiga botol kecil sos ini.
Hanya bermodalkan RM5, kita boleh dapat tiga botol kecil sos cili thai homemade.
Tak perlu nak pening untuk dapatkan botol sos, boleh saja recycle, basuh bersih dan buang label.
Resipi sos cili Thai
Bahan-bahan:
5 biji cili besar merah – dibuang biji.
4 biji cili padi merah – tidak perlu dibuang biji.
5 ulas bawang putih.
1/3 cawan air.
Caranya:
Kisar semua bahan di atas. Jangan terlalu hancur untuk mendapatkan tekstur sos cili thai tersebut.
Bahan lain:
Sedikit cuka makan
1-1½ cawan gula (ikut tahap selera dan kemanisan masing-masing)
Sedikit garam3 sudu besar makan tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air.
2 cawan air
Caranya:
Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk.
Tambahkan dengan 2 cawan air dan masak bahan kisar sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan cuka, gula, garam. Kacau sehingga hancur dan sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan ia mendidih sehingga sos tadi berkilat.
Bila dah masak, sejukkan dulu sos tadi dan barulah masukkan ek dalam botol. Simpan dalam peti ais untuk tahan lama.
Senang je rupanya nak buat sos ini, bahan-bahan pun yang memang biasa ada di rumah, peminat sos Thai tunggu apa lagi, cubalah reseipi ini.
Baca juga:Kerap bergaduh dengan jiran ‘rumah’ sebelah, wanita ini nekad jual rumah dengan harga RM300 je