MKT persoal niat sebenar Pas tiba-tiba jadi pembela Najib

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Nur Jazlan Mohamed, menasihatkan ahli partinya agar tidak mudah terpengaruh dengan sokongan mendadak PAS terhadap perhimpunan solidariti bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Menurut Nur Jazlan, PAS sering menampilkan diri mereka seolah-olah sebagai pihak yang tidak boleh dipertikaikan,

Namun beliau berpendapat bahawa PAS lebih cenderung kepada manipulasi agama demi kepentingan politik mereka.

“Mereka selalu bercakap seolah-olah mereka wakil syurga, tapi bagi saya PAS bukan malaikat politik,

sebaliknya mereka lebih kepada jin politik yang pandai mempergunakan agama untuk tujuan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MKT persoal niat sebenar Pas tiba-tiba jadi pembela Najib

Tambah beliau, pendirian politik PAS sering berubah mengikut situasi. “Dulu, apabila bersama UMNO, mereka berbicara soal jihad untuk ummah, tetapi apabila bermusuhan, UMNO pula dikafirkan.

Begitu juga dengan DAP – ketika berbaik, DAP dipuji, tetapi bila bergaduh, DAP pula dilabel sebagai komunis,” ujarnya.

Nur Jazlan juga mempersoalkan niat sebenar PAS untuk menjadi pembela Najib dan memobilisasi ahli parti mereka untuk hadir ke perhimpunan di Mahkamah Rayuan pada 6 Januari ini.

“Mungkin PAS kini cuba mencari keuntungan baru dari Najib, memandangkan Bersatu sudah tidak lagi mempunyai kekuatan kewangan, dan apabila PMX bercakap tentang PRU awal, PAS kelam kabut kerana mereka kini kekurangan dana,” katanya sinis.

Pada 29 Disember, PAS mengumumkan akan menyertai UMNO dalam perhimpunan solidariti bagi Najib pada 6 Januari di Putrajaya. Dalam satu memo dalaman bertajuk ”

Seruan untuk Perhimpunan Solidariti Bersama Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak Meminta Keadilan”, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, mengarahkan pemimpin parti itu untuk menggerakkan ahli-ahli bagi menyertai acara tersebut yang akan berlangsung di luar Istana Kehakiman pada pukul 9 pagi.

Perhimpunan ini diadakan selaras dengan pendengaran kes mengenai titah addendum yang mungkin membolehkan Najib menjalani baki hukumannya di bawah tahanan rumah.

Pada 31 Disember, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, menegaskan bahawa perhimpunan itu tidak mempunyai unsur politik dan tidak pernah dibincangkan dengan PAS.

Puad turut membalas kritikan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang mempertikaikan perhimpunan tersebut memandangkan UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

BACA: Melacur gadis bawah umur dalam kereta, pelakon Squid Game 2 ditangkap

Leave a Comment