Sekumpulan lelaki mengalami detik menyeramkan ketika mandi di kolam sebuah resort pada pukul 1 pagi apabila tiba-tiba dahan pokok patah dan mereka menghidu bau busuk.
Dalam perkongsian video di TikTok oleh @iwanr1, salah seorang daripada mereka sudah merasakan
ada yang tidak kena kerana menghidu bau busuk dan mengajak rakan-rakannya keluar dari kolam itu.
“Masa ni kami mandi pukul 1 pagi, kononnya nak ‘recovery’ badan. Tiba-tiba seorang kawan ajak naik,
tapi kami kata tunggu lagi empat minit untuk cukupkan ‘recovery’ dan terus bersembang. Tiba-tiba, tanpa angin, dahan jatuh,” tulis @iwanr1.
Dia menambah bahawa mereka semua selamat, dan selepas menerima “amaran” seperti itu, mereka memutuskan untuk berundur.
“Keesokan harinya, kami sambung cerita, rupanya ada bau busuk dua kali sebelum kejadian dahan patah itu,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa terlihat penampakan makhluk misteri dan ada juga yang berkongsi pengalaman diganggu semasa menginap di resort tersebut.
@e1pablokejadian seram @ aneh. disclaimer: segala yang berlaku oleh kehendak Nya. kejadian ni boleh berlaku dimana mana saja dgn izinNya ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator
“Ada lembaga hitam besar tolak dahan pokok tu. Dia rasa terganggu bila orang ramai datang ganggu tempat dia,” tulis seorang pengguna bernama Bibyanana WJ.
“Saya pernah menginap kat sana. Memang best, tapi masa nak balik dari makan malam, nampak ada yang duduk bertenggek atas batu. Malam tu, cermin pintu bunyi macam kena cakar,” kata puteri_KL.
“Ena pula berpesan, “Sebab tu kalau pergi mandi ke apa ke dengan kawan-kawan, kalau salah seorang cakap dah cukup jom naik, tak payah tanya banyak, terus semua angkat.”
Selain itu, ada juga yang mendakwa mendengar suara ketawa dan merasakan mereka perlu segera keluar dari situ
BACA: Kat Malaysia tak boleh cari makan, Ruhainies didakwa cuba sondol kekasih artis Thailand pula?