Mia Sara tak bagi wajahnya dirakam, elak jumpa media

Oleh MHDAILY

Mia Sara tak bagi wajahnya dirakam, elak jumpa media. Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai nama pelakon Mia Sara apabila ada netizen yang meluahkan rasa kecewa melihat imej gadis itu.

Terbaru, tular pula video di aplikasi TikTok memaparkan Mia dilihat memakai baju ketat berwarna kelabu sedang menari bersama rakannya sekaligus mengejutkan netizen.

Memetik Harian Metro, Mia mengelak bertemu dengan media ketika menghadiri program sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka.

Mia Sara tak bagi wajahnya dirakam, elak jumpa media

Difahamkan, Mia enggan ditemu bual pihak media dan pelakon itu yang terlebih dahulu didekati jurufoto tidak membenarkan wajahnya dirakam melainkan hanya untuk tujuan jenama yang dihadirinya hari ini.

Dalam pada itu, Mia turut didekati beberapa pegawai perhubungan awam yang ‘memujuknya’ untuk bertemu media, namun tidak berjaya.

Terdahulu, ramai peminat meluahkan rasa sedih melihat penampilan Mia itu serta mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon itu.

BACA:

“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”

Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman

Ada 150 Juta pengikut, Khaby Lame terima RM3.4 Juta bagi setiap video tiktok