‘Mi abam bomba’ tular, dijual harga 50 sen je, ini lokasinya

Oleh MHDAILY

‘Mi abam bomba’ tular, dijual harga 50 sen je, ini lokasinya. Trak makanan ‘Fire Kitchen Abang Bomba’ yang menjadi tumpuan pengunjung pada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Kelantan dan Terengganu sebelum ini, sekali lagi mendapat sambutan hangat pada edisi Selangor.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Shahril Muhammad Hassan berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 300 kilogram (kg) mi, kuetiau dan bihun goreng dimasak sepanjang tiga hari penganjuran karnival itu di tapak karnival pekarangan Stadium Shah Alam di sini yang bermula semalam.

“Pada hari pertama karnival, sambutan amat menggalakkan dan makanan kita licin terjual malah terpaksa membeli bahan-bahan tambahan bagi memenuhi permintaan pengunjung.

“Semalam sahaja habis lebih 60 kg dan kami jangka hari ini jumlahnya akan meningkat. Usaha kami ini bukan mahu mengejar untung tetapi lebih berbentuk kepada berkhidmat dan mendekati masyarakat,” katanya.

Trak makanan yang dibawa khas oleh JBPM Selangor itu menjual mi goreng, kuetiau goreng dan bihun goreng pada harga sangat murah iaitu hanya 50 sen sepinggan.

'Mi abam bomba' tular, dijual harga 50 sen je, ini lokasinya

Shahril yang juga Ketua Penyelaras Fire Kitchen Abang Bomba itu berkata matlamat utama jabatan itu adalah untuk memperkenalkan orang ramai dengan ‘fire kitchen’ yang kebiasaannya digunakan semasa operasi membabitkan tempoh yang panjang.

“Kami juga ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa JBPM memiliki aset seperti ini yang sentiasa bersedia untuk digerakkan apabila diperlukan.

“Contohnya, jika berlaku kebakaran di hutan dan tanah gambut yang kebiasaannya mengambil masa lama untuk dipadamkan, kita akan gerakkan jentera ini bagi kegunaan anggota memasak di lokasi kejadian,” katanya.

Selain ‘fire kitchen’, pelbagai aset lain turut dipamerkan di bawah khemah JBPM antaranya kelengkapan pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT).

Jelajah AKM Selangor yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), edisi kelapan Jelajah AKM itu menampilkan tema ‘Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara’ dengan membabitkan kira-kira 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana.

BACA:

Netizen tanya Aina Abdul, ‘baju ke plastik sampah tu?’

Duit CIMB hilang: Ini 3 cara yang perlu anda elak

Menteri nafi dakwaan Rafizi, ‘dia bukan isteri saya’