Mesyuarat cawangan Umno jadi medan kutuk dan balun Bersatu

Mesyuarat cawangan Umno jadi medan kutuk dan balun Bersatu

Laman Facebook Bersatu Masjid Tanah memuatnaik satu status yang menunjukkan rasa kurang senang dengan perjalanan mesyuarat agung cawangan Umno di Melaka yang sedang berlangsung.

Menyifatkan mesyuarat agung Umno menjadi medah untuk mengutuk dan membalun Bersatu, pemilik akaun menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku tambahan pula kerajaan Melaka yang diperintah PN di Melaka tidak mungkin terjadi jika tidak melalui pembelotan Bersatu dari PH.

Laman itu menulis : Persidangan UMNO cawangan sedang berjalan, menjadi medan untuk mengutuk dan membalun Bersatu. Lupa ke jawatan yang dapat hari ini hasil daripada Kerajaan Perikatan Nasional? Lupa atau buat² lupa jawatan CM, Exco, Speaker, JPKK, Ahli Majlis, GLC dll itu semua kerana penyatuan dalam perikatan Nasional? Sudahlah sapu bersih, dicemuhnya lagi. Tak mengapa, rakyat sedang memerhati.

Kerajaan PH Melaka tumbang ekoran beberapa Adun PH mengumumkan sokongan kepada Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Sehubungan dengan itu, Adun Umno dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang baharu semnetara Bersatu kelihatan seperti melukut di tepi gantang dalam kerajaan Melaka.

Sumber :

COMMENTS