“Kan bagus kalau kereta elektrik dipasang dengan dinamo macam yang ada pada basikal. Tak perlu caj kereta elektrik setiap hari.”
Pemberi komen juga dengan sinis menyatakan bahawa jika idea ini direalisasikan dan dikomersialkan, beliau patut memenangi Hadiah Nobel.
Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa kereta elektrik boleh mengecas semula bateri melalui kaedah regeneratif,
netizen masih menolak idea tersebut dan beranggapan bahawa pemasangan dinamo adalah lebih baik.
Isu ini telah ditanyakan oleh salah seorang pembaca kepada Dr. Aid Fazwal.
Berikut adalah penerangan mudah yang ditulis dan dijelaskan oleh Dr. Aid sendiri.
Boleh ke kereta EV letak satu dynamo, boleh cas elektrik sambil berjalan, kan??!?
Jawapannya bukan tak boleh, tapi tak ada kebaikannya.
Analogi mudahnya adalah sama macam sambil berlari, sambil kita minum air atau makan. Berlari tah ke mana, minum/makan tah ke mana.
Saya gunakan analogi tu sebab berlari ni sama konsep dengan kita gunakan tenaga untuk bergerak. Pada EV, tenaga elektrik ditukar menjadi tenaga mekanikal untuk memusingkan tayar.
Gambar 2
Kemudian hal minum/makan tu pula sama konsep dengan cuba untuk kembalikan tenaga. Kalau kita buat macam gambar tu, letak dinamo pada tayar, kita sebenarnya menyukarkan kereta bergerak.
Tenaga elektrik yang nak tukar kepada tenaga mekanikal untuk pusingkan tayar tu tambah kerja; sekarang kene pusingkan dinamo pula. Dalam kejuruteraan kita panggil ini “parasitic losses’ (ketirisan tenaga parasit).
Pulak tu, setiap kali tenaga berubah bentuk, akan ada ketirisan (losses) lain.
Gambar ke 2 bawah ni tunjukkan macam mana tenaga elektrik pada motor akan ada ketirisan dalam pelbagai faktor sebelum dapat jadi tenaga mekanikal yang memusingkan tayar.
Dah kalau tayar bergolek dan kemudiannya nak pusingkan dinamo atau generator pula, boleh tengok gambar ke 3 pula untuk berapa banyak ketirisan (losses) tenaga akan berlaku.
Untuk mudah faham,
Bayangkan tenaga elektrik tu 100%, tolak 8% ketirisan stator, tolak 9% ketirisan rotor, tolak 4% ketirisan mekanikal = Berbaki 79% tenaga mekanikal untuk gerakkan kereta.
Kata la hanya 50% je guna untuk gerakkan kereta. Baki 29% boleh la guna untuk pusingkan dinamo/generator tu.
29%, tolak 4% ketirisan mekanikal, tolak 8% ketirisan tengah, tolak 7% ketirisan kuprum, tolak 3% lain². Akhirnya 7% tenaga je jadi tenaga elektrik balik.
Berbaloi ke??
Jadi apa solusinya?
Jurutera dah fikirkan hal ni dah.
Solusinya dengan ‘regenerative braking’.
Motor elektrik pada EV berubah jadi generator sewaktu kita cuba perlahankan kereta. Dengan ni tenaga kinetik daripada kereta yang sedang bergerak dapat diubah jadi tenaga elektrik. Lihat & baca gambar ke 4 untuk pemahaman lanjut.
Harap faham ya.
Dr Aid Fawzal
Dalam proses brek regeneratif yang digunakan oleh kereta elektrik dan kereta hibrid, tenaga kinetik dari kereta yang sedang bergerak dan cuba berhenti akan ditukar menjadi tenaga elektrik dengan bantuan motor elektrik, yang berfungsi seperti dinamo.
Berbeza dengan kereta biasa, di mana tenaga kinetik akan dibazirkan menjadi tenaga haba dan disingkirkan ke persekitaran melalui komponen brek, kereta hibrid atau elektrik memanfaatkan tenaga tersebut untuk menjana elektrik. Semasa proses membrek, isu “kerugian parasitik” tidak perlu dipertimbangkan.