“Mesti dia ingat tengah rehearsal lagi, gelagat graduan UiTM terlupa ambil skrol mengundang tawa ramai

Oleh MHDAILY

“Mesti dia ingat tengah rehearsal lagi, gelagat graduan UiTM terlupa ambil skrol mengundang tawa ramai.

Hari graduasi merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh para graduan

Iyalah, setelah bertahun-tahun berhempas pulas menuntut ilmu, ini adalah momen berharga buat mereka untuk meraikan kejayaan.

"Mesti dia ingat tengah rehearsal lagi, gelagat graduan UiTM terlupa ambil skrol mengundang tawa ramai

Sudah semestinya, majlis konvokesyen adalah acara wajib untuk mengesahkan bahawa kita sudah tamat belajar.

Perasaan berdebar untuk naik ke pentas dan mengambil skrol pasti akan ada.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah rakaman memaparkan gelagat seorang graduan terlupa untuk mengambil skrol telah mengundang tawa ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kalut nak ambil gambar cantik di atas pentas, sekali tertinggal pula skrol

Menerusi video yang dimuat naik oleh @uitm_channel, kelihatan gadis itu berjalan tenang ke atas pentas untuk bergambar sebelum mengambil skrol.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila dia selamba berjalan turun dari pentas meninggalkan skrolnya. Lebih melucukan, dia pantas patah balik dan menutup mukanya dengan skrol kerana malu diketawakan orang ramai.

@uitm_channel Kenangan ini mungkin tidak dapat dilupakan oleh beliau sampai bila-bila..Tahniah Kepada Semua Graduan!!! #istiadatkonvokesyenuitm96 ♬ original sound – Universiti Teknologi MARA

“Ni mesti set kat mind, ok gambar konvo kena cantik. Hafal step, terlupa nak masukkan step ambil scroll haha” – Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini sudah pun meraih 1.8M views, 92.1K likes dan 10.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat spontan gadis itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok

Image from @uitm_channel (TikTok)

 

Image from @uitm_channel (TikTok)

BACA:

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah, sekali PM buka mulut ‘sekolahkan’ Sanusi

Tak sangka! Rupanya ini maksud sebenar disebalik huruf ‘i’ yang ada pada iPhone yang ramai tak tahu