“Mertua tak sedar diri nak rumah harga ‘have have’, yang sakit hati dia guna nama suami aku buat loan”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Mertua mempunyai taraf dan pangkat yang tinggi dan sama seperti kedua ibu bapa yang telah membesarkan kita.

Kerana itu kita perlulah menghormati dan menyantuni mertua selayaknya sebagaimana mereka melayani kita.

Namun lain kisahnya dengan wanita ini yang dibuli hingga menyebabkan perkahwinannya hampir musnah

akibat mertua yang gila harta dan tidak mengendahkan kenyataan bahawa mereka sekeluarga menyusahkan anak menantu.

Saya perempuan dah berkahwin lebih 20 tahun mempunyai anak dan bersuamikan breadwinner dalam family.

“Mertua tak sedar diri nak rumah harga ‘have have’, yang sakit hati dia guna nama suami aku buat loan”

Semoga jadi teladan pada anak perempuan yang bakal berkahwin. Sebut mak ayah, semua orang sayang, semua orang rela berkorban.

Cuma ia jadi agak berbeza bila seorang anak perempuan berkahwin yang pada fikirannya susah senang sama-sama diharungi. Bertambah susah bila suami breadwinner dalam family. Dah lah keluarga kecil sendiri cukup cukup atau tak cukup kalau harapkan seorang berkerja.

Pihak isteri kena turut penat mencari rezeki untuk mencukupi apa yang tak cukup. Dengan jenis lelaki yang semuanya isteri buat. Sangat penat. Emosi broken dan rasa terper4ngkap dalam perkahwinan.

Saat tu terasa ada baiknya pusing semula waktu menjadi anak bujang yang ada wang saku sendiri tanpa dibebani dengan s4kit, penat dan macam masalah orang.

Isunya di sini, masalah orang dihempas ke kita untuk menanggung. Mertua minta belikan rumah pakai nama suami, gagal bayar terp4ksa di ambil tanggungjawab bayar sebagai anak sulung, Nafkah keluarga sendiri tak cukup, terp4ksa si isteri cari sendiri untuk penuhkan keperluan anak – anak.

Atas alasan sama mak ayah tak ada tempat tinggal. Kesian.. baik ya si anak. Tapi di mana ehsan pada pihak isteri yang membanting tulang sama penat berpuluh tahun? Ajak duduk sekali, beragak nak duduk kononnya tak nak duduk dengan menantu. Nanti macam-macam.

Padahal rumah yang dibeli bukan level rakyat biasa. Rumah yang layaknya dihuni orang bergaji bersih 5k ke atas. Alasan nanti akan jadi harta suami. Harta celah mana. Kami sendiri bergelut bayar sewa rumah m4kin menokok tahun demi tahun. Anak – anak lagi.

Ibarat bermadukan dengan mak mertua. Boleh fikirkan? Mertua tak nak menyewa takut jatuh standard. Rela biarkan anak sulung yang dah ada tanggungjawab menjadi atm untuk kesenangan diri dan anak – anak lain. Tak fikir pun dosa anak tanggung sebabkan isteri rasa macam ni.

Menantu membantu sikit tidak nampak, siap dik4ta buruk dalam group family. Anak – anak lain berlagak. Macamlah atuk neneknya tinggalkan harta 7 keturunan. Padahal rumah itu saya yang bayar. Sebab nak selamatkan suami dari hukvm Allah.

Duit tu adalah bahagian dia bagi saya anggap nafkah keluarga kecil kami. Itu pun kita tolong topup. Jadi siapakah yang membayar rumah mertua selama ini. Bukan saya si isteri? Sebelum berkahwin silap saya, saya tidak teliti semak latar belakang suami.

Saya anggap suami seorang yang baik menjaga solat maka boleh menjaga kita dengan baik. Saya baru tahu ayah mertua saya tidak bekerja sebelum ni, 3 bulan berkahwin sudah mula minta duit kami senyap – senyap belakang ibu mertua.

Baru kami nak bernafas hidup dengan kehadiran anak – anak kecil, dijerumuskan pula dengan hutang ratus ribu, mertua nak beli rumah untuk keluarga mereka, guna nama suami. Katanya tiap bulan dia bayar. Kami naif masih muda masa itu, tak terfikir kesannya jangka panjang.

Apatah lagi saya sangka mak ayah sendiri takkan sanggup ani4ya anak menantu. Niat saja untuk membantu. Suami sedapkan hati saya kata ini rumah kita juga. Sejak beli hingga hari ini tak pernah saya merasa seperti rumah saya walaupun kami yang bayarkan lepas setahun pihak mertua gagal bayar dan selang beberapa tahun meninggal.

Untuk elak nama suami blacklist. Kami suami isteri sepakat ambil balik bayar. Bayar tapi rumah tak pernah dapat duduk. Kelakarnya kami laki bini pulak duduk menyewa rumah lain. 2 rumah setiap bulan bayangkan? Bohonglah kalau kata duit suami semua sepenuhnya.

Kelakar lagi, bila adik – adik suami saya bukan ke main claim itu rumah mak ayah dia. Berlagak sombong macam anak orang ada – ada, ada bilik sendiri tiap orang kita nak menumpang tidur biliknya sesekali pun tak bagi. Saya rela tidur di hotel.

Hingga diberikan rezeki, saya bekerja bagai nak gila siang malam, hingga mampu mendapatkan rumah lain sendiri. Jadi komitmen kami ada 3 biji (untuk beberapa tempoh hingga kami selesai siap rumah kedua) baru lepaskan rumah sewa.

Saya tak tahu apa pemikiran saya boleh hadap sampai tahap ni. Adik beradik saya kata kau gila hadap semua ni. Saya tak pernah menghalang suami beri duit saku pada mertua. Itu hak dia. Tak pernah menghalang suami jumpa ibunya.

Kamu semua perempuan yang nak berkahwin di luar sana selidik lah betul – betul. Jika mertua tak bekerja bakal calon kamu yang diharapkan. Berundurlah. Biarlah mereka terus berbakti hingga m4ti pada orang tua dia. Untuk syurga depa, lebih baik dari mereka kutip dosa mengabaikan nafkah kamu.

Kamu pun tak s4kit, dua – dua tak s4kit. Tiga-tiga tak bertelagah. Jangan percaya cakap mulut, tengoklah bukti atas dokumen, muflis ke, hutang keliling pinggang ke, Mak ayah yang baca kali ini jika ada ciri-ciri sama. Saya ingin menegur. Jika kamu claim anak keluar dari perut kamu susah payah besarkan anak.

Ketahui lah saya juga mempunyai anak perempuan hari ini. Tapi saya tidak tegar membiarkan anak perempuan saya dipergunakan untuk keluarga mertuanya mer4na tubuh dan jiwanya sepanjang hidup. Rela saya tidak kahwinkan dia.

Sama juga mak ayah perempuan mana – mana pun jika tahu anaknya bakal memikul beban yang tak seharusnya, mereka juga akan menahan anak berkahwin. Kerana apa? Mereka juga kasih dan sayang anak perempuannya.

Adakah ibu yang melahirkan anak lelaki saja yang rasa s4kit dan susah. Kami mak ayah yang melahirkan anak perempuan tak s4kit? Jangan r4mpas hidup anak anak perempuan kami atas sebab perempuan harus ikut kata suami.

Tak cukupkah kamu mak ayah si laki ambil anak perempuan kami jauh dari kami, kami tak boleh melebihi suaminya. Kami serahkan hidup anak perempuan kami untuk dijaga, disayangi tapi malangnya keluarga kamu tegar meny4kiti puteri kesayangan kami.

Kami orang tua hanya mampu menelan rasa melihat anak kami menangis depan kami. Doa kami mak ayah juga akan doakan kebaikan puteri kami dan suaminya. Dan jika kamu tegar mer4mpas hidupnya. Kami boleh jadi orang kedua dan ketiga menadah tangan untuk balasan ke atas anak perempuan yang kamu sayang.

Balik ke cerita saya, anak – anak lain mertua saya bukan tak berkerja, ada yang berkerja bukan level biasa. Lulusan U, Oversea pun ada. Melancong sana sini, i Phone menjadi pilihan, baju branded tapi mertua saya kata anak anak lain ada masalah kewangan.

Pelik kan? Takut sungguh anaknya yang lain susah. Takde sorang pun fikir untuk menyediakan rumah untuk seorang ibu. Pelik kan? Tak ada terfikirkan celah mana abang dia cari duit tiup duit datang untuk bayar rumah depa duduk selama ini.

Saya memberi pada mereka. Hingga ada masa saya tak dapat beri pada mak ayah sendiri. Sedih kan? Pengalaman ini buat saya menjadi tr4uma, depr3ssion, anger bertahun saya lawan seorang diri. Suami saya hanya mendiamkan diri kerana rasa bersalah.

Hingga saya nekad mengheret dia ke runding cara di Pejabat Agama. Baru dia mengaku salah dan ingin menyelamatkan keadaan. Tapi ia dah sangat lewat. Too dam4ged. Saya berjalan hari ini dengan hati kosong tanpa perasan pada suami.

Sungguh k3jam mertua mer4mpas hidup anak perempuan orang demi menyelamatkan hidup anak – anak perempuannya. Tahun 2024 ini, saya merasakan tepat apa saya rasa. Saya TAK REDHA setiap inci dan setiap sen yang saya dip4ksa keluar, dimanipulate dengan kata – kata kutip pahala.

Saya akan rela dan melepaskan jika keluarga suami juga tahu bersikap humble, tahu kedudukan sepatutnya, tahu sedar diri adat menumpang senang titik peluh orang. Saya terus berjalan tanpa hati dan perasaan. Jiwa saya menjadi solo disebabkan hal ini, berkahwin dengan suami bermadukan mertua sendiri. Tapi saya lah madu yang menyara madu (mertua)

Jangan ada kata saya menantu tak kesiankan orang tua, hanya nak kan anak saja, senang sendiri. Saya tulis terang dan baca betul – betul. Saya membayar duit rumah mertua saya dengan duit saya sendiri bukan duit anak dia, sebab anak dia tak mampu. Bukan sehari tapi berpuluh tahun. Perempuan mana sanggup?

Boleh ke saya kata hari ini wahai mak mertuaku, anak mak, suami saya dah menipu, manipulate saya di sebalik keinginan tingginya untuk berbakti pada mak. Sangat sayang dia pada mak kan? Tapi betapa tegarnya mak rela merosakkan hubungan kami suami isteri.

Anak yang mak puji baik, saya ulang telah menipu saya mak. Keluarga mak tak malu kan menumpang titik peluh saya? Bukan anak mak sepenuhnya. Dia tak mampu. Mak tak sedar ke? Setiap sujud saya kali ini, saya minta Allah melihat semua perbuatan mak dan anak – anak ke atas saya anak perempuan orang.

Sesungguhnya jika suatu hari anak – anak perempuan mak mendapat bahana dalam perkahwinannya dan mak berkata apa salah aku dan anak – anak? Saat itu ingatkan lah mak.. Mak telah mengambil hidup saya, anak perempuan orang dan mak berikan pada anak – anak mak.

Semoga mak dan anak – anak mak bertaubat. Tapi jangan ganggu hidup saya dan anak anak. Keluarga kita sudah musn4h disebabkan mak juga. Mengatakan ia benda yang betul sedangkan mak tahu ianya salah dalam agama.

Ingat kaum lelaki, kamu punya ibu hak tanggungjawab hingga m4ti, tidaklah sewenangnya kamu menggunakan pihak orang perempuan untuk mencapai keinginan kamu. Meskipun kamu rasa ia baik. Tapi jika merosakkan jiwa isteri seorang manusia ia tetap tidak baik.

Jika kamu tahu keadaan keluarga yang perlukan kamu sebagai breadwinner, jangan berkahwin dulu. Selesaikan keperluan keluarga kamu dulu. Kamu tidak ada kemampuan untuk berkahwin untuk menjaga dua keluarga sekaligus.

Keluarga kamu adalah ehsan isteri kamu bukan kewajiban dia. Kamu kaum lelaki boleh kata ibu adalah satu dan isteri boleh dicari ganti. Tapi tengoklah nanti berapa isteri kamu bersilih ganti hanya untuk cari kesempurnaan. Siapkan diri jika ingin berkahwin. Agar tidak mengani4ya pihak isteri kamu anak orang.

Saya kini redha dengan apa Allah takdirkan pada saya, kerana saya sedang siapkan diri untuk masa masa tua saya kini. Untuk balik pada Nya dalam keadaan yang Dia suka.

Hanya berkaitan hak saya dengan mertua saya tidak Redha sebab saya merasakan itu adalah perkara tidak patut jadi dalam agama. Apa saja yang tidak diajar dalam agama ia tidak lah harus kita untuk rasa redha.

Baca juga Fattah Amin jadi kambing hitam? Individu dakwa Fazura sebenarnya yang bermasalah