YTL Communications Sdn Bhd telah disenaraikan sebagai syarikat paling lemah
Dalam melaksanakan projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mendedahkan bahawa YTL sebelum ini diberi tanggungjawab
Mebangunkan 51 menara JENDELA fasa satu, namun kesemua menara tersebut masih belum beroperasi.
“Malah, 17 daripada 51 menara itu telah melebihi tempoh sasaran sembilan bulan untuk siap dan mula beroperasi,” kata Fahmi dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Arahan Tindakan Segera kepada MCMC
Fahmi, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan bahawa beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti kelewatan projek tersebut.
“YTL adalah syarikat paling corot dalam projek ini. Saya minta maaf terpaksa nyatakan di sini. Daripada 51 menara yang diberikan kepada mereka, tiada satu pun yang siap,” jelas beliau.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Bebas-Kuala Kangsar) berkenaan status pelaksanaan menara telekomunikasi di bawah JENDELA dan tindakan yang bakal dikenakan terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual.
Tindakan Tegas Terhadap Kontraktor
Fahmi menjelaskan bahawa pelbagai tindakan tegas boleh dikenakan terhadap kontraktor yang gagal, termasuk denda ganti rugi tertentu (liquidated damages), penarikan bon prestasi (performance bond), penolakan tuntutan pembayaran, serta tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
“Pada masa ini, tindakan yang sedang dipertimbangkan adalah mengenakan liquidated damages kepada pihak yang terlibat,” tambah beliau.
Kemajuan Menara JENDELA
Setakat Oktober lalu, sebanyak 1,385 daripada 1,661 menara JENDELA telah berjaya disiapkan, namun hanya 808 menara yang telah beroperasi.
CelcomDigi menerima 866 menara, dengan 366 masih dalam proses pelaksanaan, manakala 193 menara telah siap lebih sembilan bulan tetapi belum beroperasi.
Sementara itu, Umobile telah menyiapkan 143 menara, dengan 19 lagi dalam pelaksanaan, namun terdapat dua menara yang melebihi tempoh sasaran sembilan bulan untuk beroperasi.
Projek JENDELA bertujuan mempertingkatkan infrastruktur digital negara, dan kelewatan seperti ini perlu ditangani segera demi memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya.
BACA: “Stress murid lebih penting. Diambil maklum” Kementerian Pendidikan abai kesihatan mental guru?