Menteri Komunikasi Digital, Gobind Singh Deo, gagal mendapat tempat dalam jawatankuasa DAP Selangor
selepas pemilihan parti peringkat negeri yang diadakan hari ini.
Gobind, yang merupakan pengerusi DAP Selangor pada penggal sebelumnya,
Beliau menjadi satu-satunya menteri yang tidak terpilih dalam jawatankuasa tersebut.
Ketika ditemui media selepas keputusan diumumkan, Gobind menerima kekalahan tersebut dengan tenang.
“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih dan… apa saja yang boleh saya bantu, saya akan bantu,” katanya.
Gobind juga memberi isyarat bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran untuk dilantik ke jawatankuasa itu.
Kekalahan Gobind berlaku walaupun Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebelum ini menyatakan harapannya agar jawatankuasa negeri tersebut mempunyai pemimpin dari pelbagai kaum, termasuk wakil “Singh”, merujuk kepada masyarakat Punjabi.
Namun, kali ini, tiada wakil dari kalangan pemimpin Punjabi yang dipilih.
Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, memperoleh undi tertinggi dengan 1,180 undi.
Sebahagian besar anggota yang terpilih untuk jawatankuasa negeri adalah dalam kalangan Adun dan ahli Parlimen.
Berikut senarai pemenang pemilihan kali ini:
Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Puchong)
Tiew Way Keng (bekas Adun Teratai)
Ng Sze Han (Adun Kinrara, Exco Selangor)
V Papparaidu (Adun Banting, Exco Selangor)
V Ganabatirau (Ahli Parlimen Klang)
Jamaliah Jamaluddin (Adun Bandar Utama, Exco Selangor)
Wong Siew Ki (Adun Seri Kembangan)
Lee Fu Haw
Wayne Ong Chun Wei (Adun Balakong)
Michelle Ng (Adun Subang Jaya)
Ng Suee Lim (Adun Sekinchan, Exco Selangor)
Rajiv Rishyakaran (Adun Bukit Gasing)
Tony Leong Tuck Chee (Adun Pandamaran)
Syahredzan Johan (Ahli Parlimen Bangi)
Ean Yong Hian Wah
Jawatankuasa tersebut memilih Sze Han sebagai pengerusi DAP Selangor yang baharu, dengan Ganabatirau dilantik sebagai timbalan pengerusi.
Suee Lim dan Ean Yong dilantik sebagai naib pengerusi, manakala Yeo dilantik sebagai setiausaha.
BACA: Siapa kata kerja makan gaji tak boleh kaya, syarikat ini buktikan 70% pekerjanya jutawan