Menteri Besar Kedah koyak? Arah pegawai buat laporan polis

Oleh MHDAILY

Menteri Besar Kedah koyak? Arah pegawai buat laporan polis.

Satu laporan polis dibuat ke atas sebuah portal berbahasa Melayu kerana didakwa memfitnah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Khamis.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Mat Yakim berkata, laporan polis tersebut berkaitan satu laporan di portal berkenaan

Menteri Besar Kedah koyak? Arah pegawai buat laporan polis

yang bertajuk ‘Gerakan singkir MB Kedah sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara, Sanusi dakwa Sultan Kedah terlibat?’

Menurutnya, tajuk yang digunakan pada tulisan itu adalah fitnah yang bertujuan mahu melagakan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Tuanku Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dengan Muhammad Sanusi.

“Sebagai pegawai kepada Menteri Besar yang sering ada bersama setiap kali beliau memberi kenyataan kepada pihak media,

tidak pernah sekalipun Menteri Besar mendakwa Tuanku Sultan Kedah terlibat dalam usaha penyingkiran beliau sebagai ahli mesyuarat Majlis Kewangan Negara sebagaimana yang boleh ditafsirkan pada tajuk berita berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada Khamis.

Jelasnya, perkara tersebut disedari semasa berada di Wisma Darul Aman, dekat sini dan telah terbaca laporan berita tersebut menerusi telefon bimbitnya pada jam 12 tengah hari.

BACA:

“Tuan rumah tiba-tiba kerap datang spotcheck rumah sewa anak dara, bila housemate aku buka cerita, rupanya ini benda jijik dia buat”

Dah macam flat kos rendah! Tapi bukan untuk manusia, ini adalah kandang babi terbesar di dunia