Menteri Agama ambil pendekatan jumpa Mat Sabu isu ‘pelarian’

Menteri Agama ambil pendekatan jumpa Mat Sabu isu ‘pelarian’

Kebetulan selepas selesai saya menjawab soalan tambahan YB Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkenaan keabsahan istilah “pelarian” kepada Rasulullah SAW, saya bertemu sahabat-sahabat kami daripada AMANAH di luar Dewan Rakyat.

Saya sampaikan pandangan saya kepada YB Mohamad Sabu berhubung istilah pelarian yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, sebagaimana yang dikhabarkan oleh guru kami Almarhum Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Rujuk di :

Sedikit perbezaan tidak melunturkan semangat persaudaraan kita sesama Muslim. Semoga Allah SWT mengumpulkan kita semua dalam syurga Allah SWT bersama Rasulullah SAW.

Sumber :

COMMENTS