Baru-baru ini, The Star melaporkan bahawa Malaysia telah menyaksikan peningkatan
ketibaan pelancong dari China pada tahun 2024, dengan jumlah ketibaan mencecah 1,449,711 setakat bulan Jun.
Peningkatan ini menunjukkan lonjakan sebanyak 190.8% berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 498,540 ketibaan, menurut laporan dari Tourism Malaysia.
Lonjakan jumlah pelancong ini sebahagian besarnya disebabkan oleh program melancong tanpa visa untuk rakyat China,
yang telah berkuat kuasa dari 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2026.
Program ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong ke Malaysia, tetapi juga merancakkan jumlah pertanyaan dan tempahan dari China.
Langkah ini turut memberi impak positif kepada industri pelancongan Malaysia.
BACA: Penyewa ‘sentap’ owner tak nak jual! padahal dah 4 bulan mogok tak bayar sewa
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio