Negara pendatang haram Israel dah mula gelabah nampaknya tu selepas pangkalan tentera diorang kena serang dengan Iran.
Wah, dia serang orang boleh, sampai dia kena serang terus mengadu dengan ‘papa putih’ dia.
Bagaimanapun, wakil Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan mesyuarat kecemasan Majlis Keselamatan berhubung serangan Iran.
Israel ingin PBB menamakan Pengawal Revolusi Iran sebagai kumpulan pengganas…
“Saya mengesahkan permintaan Israel untuk mengadakan satu mesyuarat Majlis Keselamatan dengan segera untuk mengutuk Iran atas serangan tersebut dan menamakan Pengawal Revolusi Iran sebagai kumpulan pengganas,” kata duta PBB, Gilad Erdan.
Israel juga menyatakan bahawa serangan Iran itu merupakan ancaman kepada keselamatan global dan berharap tindakan tegas diambil.
Untuk pengetahuan semua, serangan Iran ke atas pangkalan tentera Israel adalah sebagai balasan terhadap serangan udara pada 1 April ke atas Kedutaan Iran di Damsyik.
Serangan tersebut menyebabkan kematian tujuh staf Kor Pengawal Revolusi Iran termasuk dua jeneral utama.
Tehran kemudian mendakwa Israel melakukan serangan tersebut tetapi Tel Aviv tidak mengakuinya dan enggan bertanggungjawab.