Mengejutkan! Ini sisi gelap dunia takaful dan insurans yang ramai tak tahu!
Kecoh seketika di media sosial apabila seorang individu khabarnya ada mendedahkan ‘sisi gelap’ atau kisah sebenar di sebalik pekerjaan menjadi ejen takaful atau insurans di Malaysia.
Rasanya, kita sering diberitahu mengenai pekerjaan industri ini yang katanya memberi ‘kebebasan’ dari segi tempoh bekerja, gaji dan sebagainya.
Malah, ianya sering dimomokkan dengan pelbagai kelebihan seperti bakal memperoleh kekayaan yang luar biasa dan boleh menjadi ‘bos’ kepada diri sendiri.
Memperoleh kekayaan yang luar biasa
Dalam perkongsian individu itu yang kemudiannya menjadi tular, sebenarnya industri ejen takaful dan insurans ini mempunyai sisi lain yang tersendiri, yang mungkin tidak diketahui oleh sesetengah orang.
Ujar individu itu, kebiasaan ketua kepada ejen-ejen takaful mahupun insurans ini sering meminta individu yang baru berkecimpung dalam bidang ini untuk bekerja sepenuh masa dengan alasan boleh mendapat ‘financial freedom’ dan juga menjadi bos.
Ejen baru, peringkat awal adalah normal kerana mempunyai momentum agak tinggi kerana masih ada ‘circle of friends’ dan keluarga untuk disokong.
Maka banyaklah kes yang ejen baru ni dapat hantar. Tapi jika sudah tiada, masa itu cabaran sebenar bermula.
Sisi gelap industri Takaful dan insurans yang ramai tidak tahu
Pada mulanya, ketua-ketua ini akan memberi harapan dan juga janji serta ganjaran sementara buat anak-anak buah namun akhirnya akan dibiarkan terkontang-kanting.
Dalam kontrak ejen, anda hanyalah ejen atau wakil. Bukan pekerja. Jika anda gagal memenuhi keperluan persistency 85% dan lain-lain keperluan syarikat atau BNM, syarikat berhak menamatkan kontrak anda tanpa penjelasana atau pampasan.
Katanya lagi, seseorang itu boleh diberhentikan kerja dan terpaksa bermula balik dengan pendapatan kosong, dan ketua-ketua ejen ini sebenarnya lebih menjadi kepentingan syarikat berbanding ejen itu sendiri.
“Mereka tak mahu simpan ejen yang tiada performance atau persistency rendah. Virus katanya.” ujarnya.
Di akhir pendedahannya itu, individu ini sempat memberi nasihat kepada mereka yang ingin terlibat dalam industri ini untuk tidak berhenti kerja yang sedia ada.
Individu itu juga memberi penafian bahawa tidak semua ketua ejen insurans bersikap sedemikian kerana masih wujud yang baik dan bersikap bertanggungjawab memimpin anak-anak buah di bawahnya.
BAcA: