Mengejutkan! Budak sekolah rendah buat servis seks serendah RM10

Oleh FAHMI ABBAS

Sejak kebelakangan ini, banyak kes jenayah rogol dan masalah seksual berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Namun, lebih mengejutkan adalah ciptaan Allah SWT yang masih kecil dan suci ini sudah ada yang terlibat dalam servis seks yang ditawarkan harga serendah RM10!

Berikut adalah perkongsian kegusaran seorang guru mengenai kejadian memalukan yang melibatkan pelajar sekolah rendah.

Terbaru, seorang individu yang merupakan seorang guru juga, mendedahkan satu kes di sebuah sekolah rendah

Di mana pelajar lelaki dan perempuan telah melakukan servis seks serendah RM10.

Mengejutkan! Budak sekolah rendah buat servis seks serendah RM10

“Baru sahaja dapat cerita sebuah sekolah kebangsaan di sebuah negeri. Budak lelaki tahap 2 ada buat bisnes BJ dengan harga RM10. Perniagaan ini berlaku dalam kalangan murid dan perempuan.”

Menurutnya, berikutan kes ini, ramai guru saling menyalahkan antara satu sama lain, bahkan turut menyalahkan ibu bapa di rumah.

“Guru akademik menyalahkan guru Pendidikan Islam. Guru kaunseling pula tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Guru pendidikan jasmani pula buntu. Mereka mengatakan tidak tahu bagaimana untuk mengajar dan menyelitkan elemen agama Islam, walaupun mereka sendiri beragama Islam.”

Guru tersebut menambah, selain daripada saling menyalahkan, murid-murid juga perlu diberikan kesedaran. Malah, ibu bapa wajib dipanggil ke sekolah untuk diberi penjelasan tentang Pendidikan Seksualiti, kerana asasnya bermula di rumah.

Perkongsian ini juga disebarkan oleh penceramah Firdaus Wong, yang meluahkan kebimbangannya mengenai isu ini.

“Diharapkan pihak berkenaan tidak mengambil tindakan hanya untuk menjaga nama baik sekolah atau kementerian, hingga menghukum Fadhli, guru, atau sekolah yang terlibat dan ‘menyapu masalah ini di bawah karpet’.”

Pemilik asal hantaran ini juga menekankan tentang pentingnya pendidikan seksualiti yang perlu diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah.

BACA: ‘Tak sedar diri, takde siapa kisah dengan kewujudan korang!’ Fasi orientasi uni ‘purple’ dikecam netizen