“Menang sorak, kampung tergadai”, perumpamaan sesuai untuk mulut celupar MB Kedah bakal susahkan rakyat Kedah

Oleh MHDAILY

“Menang sorak, kampung tergadai”, perumpamaan sesuai untuk mulut celupar MB Kedah bakal susahkan rakyat Kedah.

Keceluparan MB Kedah tidak terhad kepada isu berkenaan polisi negara, tetapi terlalu kerap dia menyerang batang tubuh dan peribadi Perdana Menteri dan Menteri-Menteri.

Persoalanmya, adakah hubungan permusuhan begini akan memberi kebaikan kepada rakyat dan pembangunan Kedah untuk 5 tahun akan datang?

"Menang sorak, kampung tergadai", perumpamaan sesuai untuk mulut celupar MB Kedah bakal susahkan rakyat Kedah

Banyak pelaburan yang masuk ke Kedah dan diumum oleh Sanusi adalah atas usaha agensi Kerajaan Pusat dan hanya sedikit peranan Kerajaan Negeri.

Walaupun diumum secara besar besaran oleh MB Kedah untuk mempamirkan dirinya jaguh, hakikatnya hampir semua pelaburan masuk disebabkan adanya Kulim High-tech Park yang diurus oleh MIDA agensi kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat membawa masuk sebanyak 68.3 Billion ringgit tahun 2021 dan 13.1 Billion ringgit pada 2022 ke Kedah.

Ini disebabkan kedua-dua kerajaan Negeri dan Pusat merupakan Kerajaan Tebok Atap dan mempunyai hubungan yang baik.

HUBUNGAN PUSAT DAN KEDAH SELEPAS PRN

Kini Kerajaan Pusat telah dikuasi oleh Komponen Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional merupakan komponen pembangkang.

Jika selepas Pilihanraya Negeri ini, Kedah masih diketuai oleh Sanusi dan Perikatan Nasional, pelbagai masalah akan timbul khasnya perang mulut MB Kedah tidak pernah berkesudahan kerana dia suka bercakap dan rakyat pula senang dengan keceluparannya bergaduh dengan semua orang.

Bak kata perpatah Menang Sorak, Kampung Tergadai.

Ini bertambah buruk akibat saman fitnah 10juta ringgit kerana memfitnah Perdana Menteri akan berjalan dalam penggal ini dan Kekeruhan hubungan akan terus berlaku apatah lagi sanusi telah mengugut kononnya akan dedah habis-habisan.

@mindwave_ Menteri Besar Kedah Sanusi mulut celupar. Bergaduh dengan semua orang dan kerajaan Pusat. Adakah akan bantu kedah membangun dengan hubungan rosak dengan kerajaan pusat?#kedah #sanusimdnor #sanusimdnor #pnbest #perikatannasional ♬ original sound – mindwave

Jika dilihat kepada baget kerajaan Perpaduan Madani, jelas sekali tiada unsur menindas kerajaan negeri dibawah pembangkang ketika ini.

Tetapi tahap keceluparan MB Sanusi sangat luar biasa kerana terlalu bersifat menyerang peribadi dan bukannya berbahas polisi Kerajaan.

Sebagai manusia biasa, jika kita sendiri ditegur berkenaan kerja buat kita, kita terima sebagai suatu yang positif untuk buat lebih baik.

Tetapi jika kita dikritik disebabkan susunan gigi kita atau hal fitnah peribadi, itu akan menjauhkan hubungan silaturahim dan perasaan tidak suka dengan individu itu akan timbul seterusnya menjejaskan tugasan yang sepatutnya dibuat bersama.

HUBUNGAN BAIK KUNCI KEJAYAAN PEMBANGUNAN NEGERI

Cadangan pembangunan Airport Kulim, MB Kedah tidak pernah pun mengadap dan berbincang secara baik dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan. Hanya sembang di TikTok dan serang menyerang.

Inikah caranya MB Kedah menguruskan projek 7 Billion ringgit?

Walhal negeri pembangkang lain yang berjumpa dan bersemuka dengan Perdana Menteri berjaya menyelesaikan banyak perkara.

Pembangunan Langkawi dibawah LADA atau Lembaga Pembangunan Langkawi adalah agensi kerajaan Pusat di bawah MOF dan mendapat peruntukan yang banyak dalam pembangunan Pulau Langkawi sejak sekian lama.

Pembangunan Padi yg membekalkan 40% beras negara adalah di bawah MADA atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda juga agensi dibawah Kementerian Pertanian.

Kesemuanya memerlukan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan Pusat kerana melibatkan baget yang sangat besar.

SANUSI JAGUH UMUM PROJEK

Sanusi mengumumkan pada bulan Ogos 2022 akan membina Litar Lumba di Sungai Petani dan siap dalam masa 6 bulan, selepas 7 bulan hanya kerja tanah dibuat.

Dia juga umumkan akan membina Stadium baharu Kedah kononnya hampiri kualiti Stadium JDT, setakat ini masih bersifat angan-angan. Yang ada hanya stadium Bunian.

Maksudnya, Sanusi juga telah berjangkit dengan penyakit Kerajaan PAS Kelantan yang suka mengumumkan banyak projek dengan majlis perletakkan batu asas gilang gemilang yang akhirnya semua tinggal angan-angan.

Pemimpin cerdik dipilih dari rakyat yang cerdik.

Adakah rakyat cerdik akan membiarkan rakyat dimanipulasi oleh pemimpin seperti Sanusi dan pemimpin Perikatan Nasional yang terlibat dengan skandal rasuah Jana Wibawa?

Jom kita sebarluas video ini kepada semua.

Sekian.

Ahmad Mursi

BACA:

Gerai ini jual murtabak RM20 sebiji, sekali ini reaksi ‘orang yahudi’ rupanya ada yang lagi mahal dari dia

Kerap tidak dilayan tuan pula asyik main telefon, sekali kucing ini merajuk undang reaksi netizen