Menang badminton dunia, kerajaan akan umum cuti peristiwa? Rata-rata orang ramai mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan cuti peristiwa sempena kemenangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Tokyo, Jepun sebentar tadi.
Pengguna Twitter @brgsjks memuat naik ciapan meminta Ismail Sabri memberikan cuti peristiwa sebagai tanda mengingati usaha dua atlet tersebut yang berjaya melakar nama negara apabila muncul sebagai pemain dan gandingan pertama yang bergelar juara dunia.
“Walaupun aku agak terlambat tapi tolonglah PM (Perdana Menteri) bagi cuti peristiwa sebab menang badminton sejak 46 tahun. Cuti itu wajib,” ciapnya.
Terdahulu, pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo sebentar tadi, beregu No. 6 dunia itu berjaya menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan menerusi keputusan 21-19, 21-14.
Sehubungan itu, ciapan tersebut menjadi tular di dalam media sosial dan ramai pengguna media sosial itu bersetuju dengan cadangan yang dikemukan pengguna berkenaan.
“Bagi sehari cuti peristiwa, tanda negara hargai usaha dan semangat atlet negara berjuang untuk muncul juara dunia,” kata seorang pengguna.
“Saya setuju cadangan untuk adakan cuti peristiwa selepas kemenangan beregu lelaki negara sebagai juara dunia. Tahniah dan hebat atlet Malaysia,” kata pengguna lain.
BACA:
Netizen nak ‘cancel’ Fazura bila sokong posting Michael Ang pasal kes Najib