Melacur gadis bawah umur dalam kereta, pelakon Squid Game 2 ditangkap

Oleh SURIANI HAMDAN

Ketika para peminat bersiap sedia untuk menyambut sekuel siri popular ini dengan penuh keterujaan,

sebuah isu kontroversi muncul yang mengundang kemarahan di kalangan netizen di Korea Selatan.

Kemarahan netizen tercetus apabila penerbit siri ini memilih untuk melibatkan seorang pelakon yang sebelum ini pernah terpalit dengan skandal serius,

iaitu pelakon yang dilabelkan sebagai selebriti pertama di Korea Selatan yang terlibat dalam kes pelacuran gadis bawah umur.

Aktor tersebut adalah Song Young Chang. Dia memegang watak pemain nombor 100.

Melacur gadis bawah umur dalam kereta, pelakon Squid Game 2 ditangkap
Menerusi kronologi kes, Young Chang ditangkap pada tahun 2000 silam selepas membayar RM455 untuk melakukan seks bersama seorang gadis. Dia kemudian menyetubuhi gadis berusia 16 tahun itu di dalam kereta.

Akibat tindakan tersebut, Song Young Chang ditahan dan menjadi selebriti Korea pertama yang dihukum atas jenayah sebegini. Berdasarkan laporan AllKPop, beliau dijatuhi hukuman penjara serta dua tahun pemerhatian sebagai sebahagian daripada hukuman yang dikenakan ke atasnya.

Song Young Chang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan turut diletakkan di bawah pemerhatian selama dua tahun. Selain itu, beliau juga dikenakan larangan untuk muncul di beberapa stesen televisyen. Namun, kini beliau kembali terlibat dalam projek besar, Squid Game musim kedua.

Keputusan untuk memasukkan Young Chang dalam Squid Game 2 mengundang pelbagai reaksi, dengan segelintir peminat berpendapat bahawa aktor tersebut seharusnya tidak diberi peluang untuk kembali ke dunia hiburan selepas terlibat dalam jenayah pada masa lalu.

BACA: Zila Bakarin dedah kejadian pelik ketika jemput anak balik sekolah jadi punca berhijrah

2 thoughts on “Melacur gadis bawah umur dalam kereta, pelakon Squid Game 2 ditangkap”

Leave a Comment