Restoran makanan segera, McDonald’s, ditutup di seluruh Sri Lanka, hari ini.
Restoran makanan segera McDonald’s telah ditutup di seluruh Sri Lanka hari ini selepas syarikat gergasi Amerika Syarikat itu mengambil tindakan undang-undang
Terhadap pemegang francais tempatan atas dakwaan kekurangan tahap kebersihan, menurut pegawai mahkamah.
Mahkamah Tinggi Komersial Colombo memerintahkan penutupan restoran tersebut sehingga 4 April depan setelah syarikat induk menuduh pemegang francais tempatan tidak mematuhi standard kebersihan antarabangsa.
“Penghakiman untuk penutupan sementara telah dikeluarkan sambil menunggu siasatan,” kata seorang pegawai mahkamah.
Peguam yang mewakili McDonald’s memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menghentikan perjanjian francais dengan syarikat tempatan, Abans, minggu lalu.
Pendengaran kes ini dijadualkan untuk bersambung pada awal April depan.
Setakat ini, McDonald’s atau Abans tidak membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
Abans telah menjadi pemegang francais bagi 12 outlet McDonald’s sejak firma AS tersebut memasuki pasaran Sri Lanka pada 1998.
Sementara itu, notis yang diletakkan di luar outlet McDonald’s pada hari ini menyatakan bahawa restoran tersebut telah ditutup tanpa makluman tentang tarikh pembukaan semula.
Minggu lalu, restoran McDonald’s di Sri Lanka tidak terjejas oleh masalah teknologi yang mengganggu tempahan di beberapa kawasan di Asia Timur.
BACA: Ruhainies kongsi video terima sejambak bunga ros merah tatkala masih panas isu khalwat