McD dan KFC pula berebut nak tawar menu Rahmah

Oleh MHDAILY

McD dan KFC pula berebut nak tawar menu Rahma.Rangkaian makanan segera, McDonald’s (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC) dan The Manhattan Fish Market akan menawarkan Menu Rahmah bermula bulan ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub,

francais makanan popular itu telah menyatakan kesediaan menyertai inisiatif kerajaan tersebut.

McD dan KFC pula berebut nak tawar menu Rahmah

Beliau berkata, antara rangkaian makanan segera yang menawarkan Menu Rahmah sejak bulan lalu adalah Burger King, Marrybrown, A&W dan terbaharu, Domino’s Pizza.

 

“Setakat ini, terdapat 1,142 premis makanan di seluruh negara melibatkan restoran dan kedai makan sudah turut serta dalam inisiatif Menu Rahmah kepada pelanggan.

“Jumlah itu dijangka terus bertambah menjelang bulan Ramadan berdasarkan ‘trend’ pengusaha makanan mahu mengambil bahagian meringankan beban rakyat.

“Ini termasuk rangkaian makanan segera yang tidak ketinggalan menunjukkan sambutan dan maklum balas positif untuk menawarkan Menu Rahmah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Program Jelajah Menu Rahmah dan Penyerahan Bakul Rahmah di sebuah restoran di Wakaf Tok Pelam di sini, hari ini.

Tambah beliau, KPDN mengajak lebih banyak pemain industri makanan untuk terus bersama-sama menjayakan aspirasi bagi membantu rakyat mendepani isu kos sara hidup

BACA:

Sepatutnya kakak yang kahwin, tiba-tiba adik yang kena ganti tempat kakak rupanya ini yang terjadi

“Mak lari dari ayah dan sembunyi kat rumah nenek, aku tak lupa apa yang jadi masa umur 6 tahun, ini rupanya ayah buat pada mak