MCA dakwa DAP jatuhkan maruah Cina sebab tak minta jawatan TPM

MCA dakwa DAP jatuhkan maruah Cina sebab tak minta jawatan TPM

MCA DESAK DAP TUNTUT KERUSI TPM 2 BAGI LIM KIT SIANG

Petang tadi, Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng sekali lagi menghasut orang Cina agar menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri bagi Lim Kit Siang.

Dakwa Tan Teik Cheng, DAP dengan 42 kerusi Parlimen harus berdiri teguh menuntut kerusi TPM kedua bagi Lim Kit Siang.

(Ini posting MCA dalam bahasa Cina https://www.facebook.com/2212692808965426/posts/2820471821520852/)

Komunis MCA ini licik. Dia tulis dalam bahasa mandarin kerana dia nak bangkitkan sentimen orang Cina di samping mengelak orang Melayu faham hasutan mereka.

Tidak apa lah. Saya bantu terjemahkan untuk orang Melayu faham. Orang Melayu kene baca betul-betul dan tengok game Komunis MCA tau?

Seperti yang saya selalu katakan lah. Inilah game RASIS UMNO dan KOMUNIS MCA.

Depan orang Melayu, UMNO akan hasut orang Melayu kononnya DAP anti-Melayu.
Depan orang Cina, MCA pula hasut orang Cina kononnya DAP terlalu pro-Melayu dan membelakangkan kaum Cina.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Tan Teik Cheng ialah pahlawan dan pemimpin perjuangan anti-Jawi.

Di Penang pada Ogos 2019, Tan Teik Cheng telah mengepalai gerakan petisyen anti-Jawi untuk hasut orang ramai membantah Jawi. Dari petang sampai malam dia duduk di pasar awam untuk ajak orang ramai tandatangan petisyen anti-Jawi.
(Bukti video https://www.youtube.com/watch?v=vm6-QezpBZI&feature=youtu.be)

Dia juga jelajah pegang ke seluruh pelusuk negara bersama Dewa Wee Ka Siong dan akar umbi Komunis MCA untuk menganjur himpunan anti-Jawi. Bukti ada dalam gambar-gambar yang telah dilampirkan.

Banner dan sebagainya Komunis MCA tulis dalam mandarin. Sebab Komunis MCA nak elak orang Melayu faham slogan-slogan anti-Jawi yang ditulis mereka.

Takpelah. Saya sudah terjemahkan untuk orang Melayu faham.

Ingat tak, saya pernah bongkar bahawa MCA secara senyap-senyap telah berjaya sapu dan bolotkan pelabuhan-pelabuhan strategik di seluruh Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Melaka?

Ok. Yang duduk dalam Pelabuhan Pulau Pinang hari ini sebagai Pengerusi ialah Tan Teik Cheng yang sama.

Dia lah antara Komunis-komunis MCA yang telah berjaya tawan pelabuhan-pelabuhan strategik Malaysia.

Hebat bukan?

Bantah Jawi, buat petisyen tolak Jawi, round seluruh negara buat perhimpunan tolak Jawi, akhirnya dapat juga jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan dalam Kerajaan Melayu Muslim PN.

Selepas dapat jawatan, teruskan lagi kerja hasut orang Cina tuntut kerusi TPM.

Mana pejuang-pejuang Melayu UMNO PAS? Suarakanlah bantahan. Kenapa membisu? Komunis MCA sudah berjaya genggam dan pecahkan telur Melayu-melayu UMNO PAS ye?

Sumber:

COMMENTS