MB Selangor umum RM1.5 Juta untuk 3,000 jemaah haji. Kerajaan negeri melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor 2022 bagi tahun kelima tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata inisiatif yang tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19 itu akan memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
“Setiap individu berkenaan akan menerima wang tunai sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM500 berserta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka serta tisu basah.
“Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga bulan seawal Isnin, 23 Mei sehingga Rabu, 31 Ogos melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor.
MB Selangor umum RM1.5 Juta untuk 3,000 jemaah haji
“Bakal jemaah haji yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan,” katanya dalam satu kenyataan.
Amirudin berkata, inisiatif berkenaan adalah satu lagi usaha kerajaan negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) MBI.
“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu-tetamu Allah yang terpilih,” katanya.
BACA:
Kisah Bos Ramly Burger bangunkan jenamanya yang ramai tidak tahu
Medina Zein dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat derita bipolar
.Lelaki terpaksa bayar semula RM28,000, duit tiba-tiba masuk dalam akaun CIMB entah dari mana