MB Kelantan membisu konsert menjolok mata di Bachok langgar undang-undang negeri

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Satu konsert yang menampilkan kumpulan penyanyi wanita yang dikenali sebagai Thungpang dari Thailand, dilaporkan telah diadakan di Kampung Balai, jajahan Bachok, Kelantan pada Jumaat yang lalu.

Konsert tersebut dikatakan dianjurkan sempena salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat peranakan Kelantan-Siam,

Dan menjadi viral selepas kerajaan memberi kebenaran untuk mengadakan konsert oleh kumpulan dari United Kingdom, Coldplay, di Bukit Jalil.

MB Kelantan membisu konsert menjolok mata di Bachok langgar undang-undang negeri

Menurut laporan Kosmo!, konsert tersebut telah berlangsung di salah sebuah wat Siam di kampung tersebut. Tanpa pengetahuan ramai, konsert oleh artis dari Thailand itu dilaporkan telah dihadiri oleh ribuan penonton yang ingin menyaksikan persembahan hebat penyanyi wanita dari kumpulan tersebut di pentas.

Tidak terdapat bantahan yang dilaporkan berhubung konsert tersebut, berbeza dengan apa yang berlaku semasa konsert Coldplay yang berjaya menarik 75,000 penonton.

Ramai juga terkejut dengan penganjuran ‘konsert Siam’ itu walaupun mengetahui ia diadakan sempena perayaan bagi suku kaum terlibat.

“Nah, kata orang, betul konsert ni untuk golongan tertentu, tapi percayakah kita golongan Melayu-Islam tidak pergi sedangkan penduduk di Kelantan majoritinya Melayu,” jelas Nazim Fkhri.

“Kalau orang anjur, nanti ada yang kata dajal, sesat, dan ada pula yang doakan kehancuran. Tapi kalau konsert ni pula, senyap seribu bahasa. Bagi saya, sama sahaja.

“Itulah orang kata, jangan terlalu kuat berpolitik. Hidup jangan serius sangat, ada masa kita suka, ada masa kita menangis,” jelas Faiz Ismail.

BACA: “Kerana drama mak, aku diserang adik beradik, aku dibuang keluarga, tergamak mak jaja cerita tak betul”