Mawar Karim sudah berpunya, bercadang nikah tahun ini.
Usahawan popular, Mawar Karim akhirnya tampil mendedahkan dia sedang menjalin hubungan cinta
Dikatakan dengan seorang ahli perniagaan berasal dari utara tanah air dan bercadang mendirikan rumah tangga tahun ini.
Mawar berkata, dia sudah mengenali jejaka itu sejak setahun lalu dan kini sedang dalam proses mengenalinya dengan lebih mendalam.
“Doakan yang terbaik untuk kebahagiaan saya dan ahli keluarga lain. Hampir empat tahun saya berstatus solo, malah anak pun sudah nak masuk lima tahun. Jadi, saya fikir sudah tiba masanya untuk memiliki peneman hidup atau ‘soulmate’ bagi memulakan hidup baru.
“Insya-Allah, saya merancang nikah tahun ini. Doakan yang baik-baik. Apapun saya tunggu kes mahkamah selesai dulu. Emosi saya pun tak okey sekarang ini kerana nak fokus dengan perniagaan dan kes ini dulu,” katanya.
Ditanya mengenai lelaki terbabit, Mawar enggan mengulas lanjut mengenai statusnya, tetapi bersyukur lelaki berkenaan menerima kehadirannya yang sudah memiliki pakej bersama anak.
“Berkenaan status lelaki ini saya tak boleh nak berkongsi dan komen apa-apa. Kami pun baru berkenalan, namun doakan yang terbaik untuk saya.
“Apa yang membuatkan saya tertarik nak berkawan dengannya adalah kami memiliki persefahaman yang baik. Dia memahami status saya yang memiliki seorang cahaya mata,” katanya.
Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fizo Omar pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
BACA:
Gara-gara pembalakan haram, orang asli di Gua Musang mengeluh susah cari makan