Mat Salleh dedah ‘chicken chop’ bukan hidangan barat, ini asal usul sebenar menu ini

Oleh FAHMI ABBAS

Perbahasan tentang asal usul suatu makanan sering menjadi hangat di media sosial, boleh mencetuskan ketegangan di kalangan netizen.

Hal yang sama berlaku terhadap asal usul menu yang popular di kalangan rakyat tempatan, iaitu chicken chop, yang dikatakan berasal dari Barat.

Seorang pengguna TikTok berbangsa Mat Salleh, bernama Greg Larcombe, membuat pendedahan dengan mengatakan

Bahawa hidangan chicken chop sebenarnya bukanlah asal dari Barat, tetapi dicipta di Malaysia.

Dalam video TikToknya, Greg menyedari bahawa ramai rakyat Malaysia masih belum mengetahui tentang asal-usul hidangan tersebut.

Mat Salleh dedah 'chicken chop' bukan hidangan barat, ini asal usul sebenar menu ini

“Dalam tempoh 24 jam yang lepas, saya sedar bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan Barat. Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan Barat.

“Ia kelihatan seperti hidangan Barat, ia biasanya bukan jenis makanan yang anda dapati di sebahagian sini (Barat), dan sudah tentu, ia ada pada menu Barat jika anda pergi ke restoran (di Malaysia),” katanya.

Greg berkongsi mengenai kewujudan menu ini di Malaysia, di mana hidangan tersebut diperkenalkan oleh orang Cina yang berhijrah ke sini terutamanya dari kalangan Hainan pada abad ke-19.

“Apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka bekerja di rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan palet (citarasa) Barat,” tambahnya.

“Mereka merupakan orang pertama yang mula mencipta hidangan Barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada hidangan yang mereka cipta adalah chicken chop,” katanya.

Dia juga menguatkan lagi bahawa chicken chop bukanlah asal dari Barat kerana sos yang digunakan dalam hidangan ini tidak sama dengan sos yang biasa digunakan di negara Barat.

Di ruangan komen, terdapat individu yang mengakui bahawa mereka baru mengetahui bahawa makanan ini sebenarnya berasal dari Malaysia, walaupun telah berpuluh tahun hidup.

Walaupun chicken chop bukan asal dari Barat, Greg setuju bahawa hidangan ini memang memiliki gaya Barat.

BACA: Tiada yang terselamat, video dua helikopter TLDM bertembung sebelum terhempas raih perhatian