Mat Saleh geram diberi sewa motor buruk di Langkawi, tayar botak habis!. Apabila melancong ke Pulau Langkawi, rata-rata pengunjung akan menyewa kenderaan apabila sampai di dalam pulau itu kerana ia lebih mudah jika dibanding membawa sendiri kenderaan menaiki Kapal Ro-Ro untuk ke sana.
Baru-baru ini Facebook Langkawi kini berkongsi satu hantaran mendakwa sepasang mat saleh dianayai kerana mereka dapat motosikal sewa dalam keadaan teruk di mana nombor plat tidak lengkap, tayar ‘botak’, tempat duduk terkoyak dan tiada pemijak kaki untuk pembonceng belakang.
Hantaran itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen setelah melihat keadaan motosikal sewa yang pasangan mat saleh itu dapat.
Ramai berpendapat sekiranya keadaan motosikal sudah dalam keadaan ‘uzur’, amat tidak patut penyewa menyewakan motosikalnya itu kepada pelanggannya.
Bagaimanapun ada warganet berpendapat bahawa mungkin kedua-dua mencari motosikal sewa dengan kadar yang sangat murah, oleh sebab itulah mereka mendapat motosikal dalam keadaan yang teruk seperti itu — lebih-lebih lagi mat saleh yang melancong secara backpacking.
Tambah netizen lagi, ini kali pertama mereka nampak pelancong mat saleh naik motosikal seperti itu, kerana selalunya pelancong dari negara barat selalunya akan menyewa skuter.
Diharap mana-mana pelancong usahlah ‘terlalu bajet’ sehingga menyebabkan diri sendiri kesusahan, manakala penyewa pula usahlah sewakan motosikal yang sudah uzur untuk dinaiki sehingga menganiaya pelanggan.
BACA:
Ngeri..pengunjung tergantung terbalik 10 minit selepas roller coster rosak
Puas hati tengok lelaki ni gagalkan cubaan kereta mewah nak tol free