Masyarakat cina muslim ini dedah dipaksa makan daging babi setiap kali hari jumaat.
Seorang doktor dari etnik Uighur mendedahkan pihak berkuasa China akan memaksa tahanan yang beragama Islam makan daging babi setiap hari Jumaat.
Lapor Al Jazeera, Sayragul Sauthbay berkata, kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat kerana merka tahu hari itu adalah hari suci untuk umat Islam.
“Jika anda enggan mengikut arahan untuk makan daging babi, anda akan menerima hukuman keras.
“Polisi itu sengaja dicipta untuk memberi rasa malu dan terhina kepada tahanan setiap kali mereka dipaksa makan daging babi,” katanya.
Selain itu, penindasan terhadap penduduk Uighur tidak hanya terhad kepada budaya serta agama.
Seorang pakar antropologi dari Jerman, Adrian Zenz berkata, kerajaan China kini meluaskan ‘polisi sekularisme’ mereka dengan mengembangkan industri penternakan babi.
Katanya, terdapat usaha ‘aktif’ untuk menjadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi terbesar.
“Terdapat ladang penternakan babi di Kashgar di selatan Xinjiang dan kerajaan China menyasarkan untuk menternak kira-kira 40,000 ekor babi setiap tahun.
“Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 25,000 meter persegi,” katanya.
Namun, penternakan babi di kawasan tersebut bukan untuk dieksport, sebaliknya untuk memastikan bekalan daging babi di Kashgar mencukupi setiap masa.
BACA:
Demi tampung kos rawatan anak, bapa berkorban ‘pejam’ mata jual kereta
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio