Masuk tahun baru cina, limau ini muncul penuhi pasaran, ini maksud sebenar limau bagi kaum cina

Oleh FAHMI ABBAS

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, budaya, dan agama.

Berikutan kepelbagaian ini, hampir setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Krismas disambut oleh rakyat Malaysia.

Contohnya, pada hari ini, masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di Malaysia akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Masuk tahun baru cina, limau ini muncul penuhi pasaran, ini maksud sebenar limau bagi kaum cina

Perayaan ini amat dikenali dengan hiasan berwarna merah dan limau mandarin.

Limau kumquat sering menjadi sebahagian daripada hiasan semasa Tahun Baru Cina, tetapi apa sebenarnya simbolnya?

Berbicara mengenai buah, satu lagi jenis limau dalam keluarga sitrus sering dilihat di hiasan rumah atau tempat perayaan masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina – itu adalah limau kumquat.

Apa itu kumquat?

Menurut SCMP, fizikal limau kumquat menyerupai nugget emas. Manakala perkataan “kumquat” berasal dari aksara Kantonis “gum gat”, yang bermaksud emas dan oren (merujuk kepada buah, bukan warna).

Menurut National Park of Singapore, pokok buah ini menjadi simbol kekayaan dan kemakmuran. All Recipes menyatakan bahawa tumbuhan ini dipercayai berasal dari kawasan di Asia Tenggara.

Buah kecil berwarna oren ini mempunyai kulit nipis yang boleh dimakan, dengan komposisi membran dan pulpa yang lebih tinggi berbanding buah sitrus lainnya.

Apabila matang, rasa buah ini biasanya manis. Walaupun limau kumquat biasanya bulat, beberapa spesies mempunyai bentuk bujur telur atau lonjong.

Peranan dalam masakan dan perubatan tradisional

Walaupun limau kumquat sering digunakan sebagai simbol dalam perayaan Tahun Baru Cina, buah ini juga mempunyai peranan penting dalam dunia masakan.

Selain itu, limau kumquat juga digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina sebagai penawar kepada sakit tekak dan batuk.

BACA: “Aku tak pernah duduk lama kat rumah ibu mertua, aku geli tak boleh terima”