Masih ramai ambil ringan… ini Hukum orang Islam sertai acara ‘Secret Santa’

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Tanggal 25 Disember setiap tahun, penganut agama Kristian di seluruh dunia akan meraikan Hari Natal atau Krismas.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita sering terdedah kepada pelbagai perayaan keagamaan dan tradisi budaya lain.

Walaupun umat Islam diwajibkan menghormati perayaan kaum lain, terdapat garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi demi menjaga akidah.

Berikut adalah beberapa persoalan lazim berkaitan sambutan Krismas dan panduannya menurut perspektif Islam:

1. Bergambar dengan Perhiasan Krismas

Tanggal 25 Disember setiap tahun, penganut agama Kristian di seluruh dunia akan meraikan Hari Natal atau Krismas. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum, kita sering terdedah kepada pelbagai perayaan keagamaan dan tradisi budaya lain. Walaupun umat Islam diwajibkan menghormati perayaan kaum lain, terdapat garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi demi menjaga akidah. Berikut adalah beberapa persoalan lazim berkaitan sambutan Krismas dan panduannya menurut perspektif Islam: 1. Bergambar dengan Perhiasan Krismas Dekorasi Krismas seperti pokok dan hiasan di pusat membeli-belah sering menarik perhatian. Menurut Ustaz Azhar Idrus, bergambar bersama dekorasi tersebut tidaklah haram. Namun, umat Islam dilarang menghias rumah mereka dengan elemen Krismas kerana boleh menimbulkan salah sangka bahawa mereka mengiktiraf atau merayakan perayaan itu. 2. Memakai Pakaian ala Santa Claus Memakai topi atau pakaian menyerupai Santa Claus adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam. Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memakai simbol atau pakaian yang berkaitan dengan agama lain bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka." (Hadis Riwayat Abu Dawud) 3. Menyertai Tradisi Secret Santa Secret Santa, tradisi memberi hadiah secara rawak, berasal dari sambutan keagamaan Kristian yang meraikan Saint Nicholas. Oleh kerana ia berunsurkan kepercayaan agama lain, hukum menyertainya adalah haram, sebagaimana dijelaskan oleh Maktabah Al-Bakri. 4. Mengucapkan Selamat Hari Krismas Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, mengucapkan Merry Christmas adalah harus dalam konteks menyuburkan semangat perpaduan dan memperbaiki hubungan sosial. Namun, jika tidak ada keperluan, ucapan tersebut adalah makruh kerana berpotensi menimbulkan fitnah atau salah faham dalam kalangan umat Islam. 5. Menghadiri Rumah Terbuka Krismas Hadir ke rumah terbuka Krismas dibenarkan untuk tujuan adat seperti menghadiri jamuan makan atau menjaga hubungan baik. Namun, jika majlis diadakan di rumah ibadat pada hari perayaan, kehadiran umat Islam adalah makruh. Sekiranya diadakan di lokasi seperti dewan, padang, atau rumah persendirian, kehadiran adalah dibolehkan selagi makanan yang dihidangkan halal. Dengan panduan ini, semoga umat Islam dapat memahami batasan yang perlu dijaga semasa berinteraksi dengan tradisi dan perayaan kaum lain. Perpaduan masyarakat tetap menjadi keutamaan, namun akidah Islam perlu sentiasa dipelihara. Semoga bermanfaat!
Dekorasi Krismas seperti pokok dan hiasan di pusat membeli-belah sering menarik perhatian. Menurut Ustaz Azhar Idrus, bergambar bersama dekorasi tersebut tidaklah haram.

Namun, umat Islam dilarang menghias rumah mereka dengan elemen Krismas kerana boleh menimbulkan salah sangka bahawa mereka mengiktiraf atau merayakan perayaan itu.

2. Memakai Pakaian ala Santa Claus

Memakai topi atau pakaian menyerupai Santa Claus adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam. Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, memakai simbol atau pakaian yang berkaitan dengan agama lain bertentangan dengan hadis Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia termasuk dari kalangan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)

3. Menyertai Tradisi Secret Santa

Secret Santa, tradisi memberi hadiah secara rawak, berasal dari sambutan keagamaan Kristian yang meraikan Saint Nicholas. Oleh kerana ia berunsurkan kepercayaan agama lain, hukum menyertainya adalah haram, sebagaimana dijelaskan oleh Maktabah Al-Bakri.

4. Mengucapkan Selamat Hari Krismas

Mengikut Mufti Wilayah Persekutuan, mengucapkan Merry Christmas adalah harus dalam konteks menyuburkan semangat perpaduan dan memperbaiki hubungan sosial.

Namun, jika tidak ada keperluan, ucapan tersebut adalah makruh kerana berpotensi menimbulkan fitnah atau salah faham dalam kalangan umat Islam.

5. Menghadiri Rumah Terbuka Krismas

Hadir ke rumah terbuka Krismas dibenarkan untuk tujuan adat seperti menghadiri jamuan makan atau menjaga hubungan baik. Namun, jika majlis diadakan di rumah ibadat pada hari perayaan, kehadiran umat Islam adalah makruh.

Sekiranya diadakan di lokasi seperti dewan, padang, atau rumah persendirian, kehadiran adalah dibolehkan selagi makanan yang dihidangkan halal.

Dengan panduan ini, semoga umat Islam dapat memahami batasan yang perlu dijaga semasa berinteraksi dengan tradisi dan perayaan kaum lain. Perpaduan masyarakat tetap menjadi keutamaan, namun akidah Islam perlu sentiasa dipelihara. Semoga bermanfaat!

BACA: Keberanian lelaki bertangan kosong tangkap ular sawa panjang 3 meter raih perhatian

1 thought on “Masih ramai ambil ringan… ini Hukum orang Islam sertai acara ‘Secret Santa’”

Leave a Comment