Seorang wanita dari Banjarmasin membuat dakwaan yang menarik perhatian – bahawa dia memiliki kubur sendiri walaupun masih hidup, melaporkan akhbar Tribunnews semalam.
Perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @norlailakarima telah menjadi viral
Baru-baru ini, menarik perhatian netizen di media sosial.
Dalam perkongsian tersebut, wanita bernama Laila terlihat menziarahi sebuah kubur sambil membawa bunga di tangannya.
Namun, kubur yang dia ziarahi bukanlah kubur jenazah, tetapi mengandungi tangan kanannya yang telah putus
akibat kemalangan di tempat kerjanya, sebuah kilang di Banjarmasin.
“Kubur ini adalah satu tempat dengan kubur ibu saya dan keluarga belah ibu. Tempat kubur ayah saya berbeza,” kata Laila.
Walaupun mengalami kehilangan tangan, Laila masih menunjukkan semangat yang tinggi dalam menghadapi kehidupan dan berharap perkongsian tersebut dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai.