Masih ada sesetengah portal yang memainkan isu lama untuk menaikkan trafik laman sesawang mereka walaupun ia adalah cerita lama.
Memilih sikap tidak ambil peduli, pelawak Yassin Yahya sedar ada pihak yang membangkitkan cerita ‘hitam’ hidupnya.
Anggota Senario itu menganggap ia adalah sebahagian daripada publisiti lapor Harian Metro.
“Sebagai anak seni, saya tahu tidak boleh menolak jika ada pihak lain yang mahu berkata apa-apa. Saya tak marah pun, itu hak mereka.
“Tapi, saya juga ada hak untuk bersuara dan jangan marah kalau saya tak layan. Apapun, saya sebenarnya tak baca juga cerita yang ditulis itu.
“Kalau saya ada terbaca pun maksudnya tak sengaja dan sedikit pun saya tidak tersentuh sebab bagi saya, positif saja,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Sebelum ini tular mengenai kisah pelawak berusia berusia 46 tahun yang mengakui dirinya menyesal kerana pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika usia mud
Meskipun sudah tidak terlibat dalam kegiatan tersebut, Yassin anggap ia sebahagian daripada kritikan dan menerimanya dengan hati terbuka.
“Saya anggap pihak yang menulis dan menyiarkan cerita lama itu sudah terlepas jauh. Sebenarnya, banyak lagi yang mereka tidak tahu, malah sejak dari dulu semua kritikan dan maki hamun, saya terima saja.
“Pada saya, anggap saja ia sesuatu yang membina. Namun, mungkin juga pihak itu tiada cerita lain mengenai saya untuk dibawa ke depan.
“Jadi, mereka bangkitkan cerita lama dan tak mengapalah, saya anggap itu kaedah pemasaran untuk publisiti bantu saya,” katanya.
Baca juga CCTV dedah perbuatan suami ‘buat projek’ dengan anak saudara tergama isteri tengok