Saya berkahwin dengan suami saya selama 4 tahun. Perkahwinan kami tidak sempurna tetapi ada saat-saat baik dan buruk.
Kami berjaya kekal bersama sebagai suami isteri walaupun menghadapi pelbagai cabaran.
Saya bersyukur dari segi kewangan kami stabil dan berjaya memiliki rumah sendiri. Suami saya seorang yang bertanggungjawab.
Dia menyediakan keperluan dan kehendak saya. kami masih tidak mempunyai anak dan kami menerima keadaan kami.
Saya percaya, pembaca kami tertanya-tanya apakah masalah atau cerita yang ingin saya ceritakan.
Maslaahnya suami saya mempunyai tabiat suka memakai pampers pada waktu malam dan pada hari cuti.
Benda ni dipanggil sebagai Sindr0m Bayi Dewasa atau AB/DL (Adult Baby/Diaper Lover).
Golongan mereka suka memakai pampers. Beza AB dengan DL adalah AB ni dia nak jadi dan dilayan macam baby, pakai pakaian baby, minum susu dalam botol, nak dimanja-manja oleh pasangan.
Kalau DL pulak lebih suka pakai pampers yang menyebabkan keinginan seksual mereka meningkat.
Suami saya memang pernah mengaku, dia suka dilayan seperti bayi dan memakai pampers.
Namun saya selalu menyangka dia bergurau dengan saya.
Masalah apa yang suami katakan menjadi kenyataan apabila pada malam pertama saya tidur dengannya dia memberitahu saya dia perlu memakai pampers untuk tidur kerana dia masih kencing malam.
Saya mengikut permintaannya dan memakaikan pampers padanya.
4 tahun perkahwinan kami, saya telah melayannya seperti bayi apabila kami mempunyai masa.
Masalahnya saya mahu dia berhenti dan menjadi suami biasa. Namun, saya tahu saya mengalah kepadanya berkali-kali. Saya memang terfikir untuk bercerai tetapi saya tahu itu tidak adil untuk dia.
BACA: Ryan Bakeryn kongsi perjalanan hidup, guna platform media sosial selepas dibuang kerja