Saya berkahwin dengan DUDA anak dua. Dia bercerai 2014. Saya kenal dengan suami 2016 dan kawen 2017.
Sepanjang perkahwinan saya tidak tahu suami masih pulang ke rumah bekas isteri dan berlaku perstubuhan.
Suami hanya bagi alasan untuk ambil anak dan bagi nafkah. Ibarat sambil menyelam minum air.
Bila saya dapat tahu, saya minta suami lepaskan saya untuk beri peluang kepadanya rujuk dengan bekas isteri.
Tapi suami tidak mahu dan berjanji tidak akan ulangi.
Suami seorang peniaga. Semasa bisnes down saya ada tolong fund sedikit modal. Alhamdulillah bisnes suami semakin maju. Saya tidak tahu suami merancang dengan bekas isteri untuk rujuk bila bisnes maju tapi dulu Semasa suami susah bekas isteri memaki hamun dan melarang suami berjumpa anak2 alasan nafkah anak tidak cukup.
Baru2 ni bekas isteri naikkan nafkah anak 2 orang dari 1.5k kepada 2k. Suami setuju. Hal nafkah anak2 saya tidak pernah campur. Tanpa pengetahuan saya, suami ada bagi duit untuk kegunaan bekas isteri konon nak memujuk untuk jadi bini no.2.
Suami juga selalu bawa bekas isteri dan anak2 keluar makan, celebrate birthday dan macam2 lagii. Bila semua terbongkar kami bergaduh dan berkali2 saya mohon cerai kerana ditipu. Suami saya beri alasan anak2 dan mnta saya terima bekas isteri sebagai madu.
Saya lebih rela undur diri kerana saya sedar suami saya lebih sayangkan bekas isteri dari saya. 2 minggu lepas suami nak pinjam duit saya 5k untuk buat rolling tapi saya hanya bagi 2500 sahaja. Suami saya angin dan maki hamun saya kata saya tak boleh diharap dan kedekut.
Kerana marah, suami saya ke rumah bekas isteri untuk bersama dan Sepanjang setahun kawen saya dah bagi pinjam 10k. 1sen suami tak ganti. Last2 dia kata saya tak boleh diharap.
Saya terlalu kecewa dengan sikap suami dan telah ke mahkamah untuk menuntut cerai. Saya juga membwa segala bukti. Saya hanya tunggu masa untuk dipanggil ke mahkamah. Doakan saya kuat untuk berhadapan dengan manusia bertopengkan syaitn….