“Masa suami balik kampung seminggu, aku plan senyap-senyap cari rumah sewa, aku keluarkan semua barang pindah rumah baru sorang-sorang”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Assalamualaikum. Bukan semua wanita tabah bergelar janda. Tapi, bila kau hidup dalam rumahtangga yang penuh t0ksik,

ia sama ada kau redha dengan sedapkan hati ini takdir aku atau kau keluar dari perkahwinan kau untuk kebaikan kau sendiri.

Setahun yang lepas aku dalam situasi tersebut dan aku tahu aku perlu lakukan sesuatu untuk diri sendiri.

"Masa suami balik kampung seminggu, aku plan senyap-senyap cari rumah sewa, aku keluarkan semua barang pindah rumah baru sorang-sorang"

Perkahwinan ni perjvdian, betul. Aku kahwin dengan pilihan aku tahun 2013. Pada awal perkahwinan, satu per satu per4ngai buruk aku nampak tapi aku telan.

Aku ingat manusia boleh berubah kalau kita selalu encourage untuk berubah ke arah kebaikan. Aku positifkan diri aku. Konon nak susah senang sama – sama. Normal lah kan. We build an emp1re together, through thick and thin. I’ll be with you, vice versa. Itu yang aku pegang kalau rasa down or str3ss.

Cukup dengan permulaan mukadimah yang aku bagi. Aku kongsikan kisah aku ini supaya dijadikan pengajaran buat semua. Benda dah lepas. Benda dah jadi. Aku kahwin dengan B lepas kenal kurang setahun kononnya he’s the one.

Satu petunjuk dari Allah cincin kahwin dia rosak. Aku pun tak boleh nak expIain macam mana rosak dia tapi memang tak boleh pakai padahal sebelum tu elok – elok je. Tapi aku positif, maybe kena tipu time beli cincin. Aku tak check betul – betul.

Lepas tu, memang aku ignore je sebab aku rasa benda ni small matter je. Pernah mak dia borak dengan sed4ra dia, B kahwin dengan package. Dapat bini dan kereta. Aku dengar semua tu tapi aku fikir maybe gurau je. Tapi tak sangka jugak tu sebenarnya petunjuk Allah.

Kalau nak list out apa yang dia buat kat aku, mungkin boleh jadi drama bersiri. Aku share sebahagian story aku dengan korang untuk ped0man. Lepas kahwin, kami tinggal kat rumah 2 bilik, kembar 4, rumah depan belakang pun sama. Dekat Sepang. Korang boleh bayangkan? Agak ke dalam jugak.

Kalau malam balik kerja memang scary, jalan gelap takde lampu. Tapi disebabkan tempat kerja dia nearby and dia guna motor, so aku rasa it’s okay, at least aku guna kereta aku. Oh ya, sebelum kahwin aku memang dah ada kereta and dia ada motor.

Seri0usly aku memang tak pandang benda – benda macam ni asalkan kau boleh jadi ketua keluarga dan bimbing aku. Aku kerja walaupun aku memang nak sangat jadi housewife, fokus kat suami. Sebab aku drive jauh dari Sepang ke Bandar Utama setiap hari.

So aku tau aku memang akan penat dan takkan sempat nak masak atau kemas rumah unless weekend. Tapi disebabkan ekonomi tak berapa kukuh so, aku teruskan kerja la. One thing pasal B yang aku tau lepas kahwin, kedekut meIampau. Memang kedekut.

Katanya jimat tapi kalau seminggu asyik makan telur dengan nasi jemu jugak. Kalau aku nak makan sedap, guna duit aku. Tapi dia akan tumpang sekaki. Pernah sekali aku mintak nak pergi kedai siam lepas dia gaji. Tekak terasa nak makan tomyam dan paprik.

Tapi jawapan dia, boleh tapi guna duit awak sebab awakkan gaji sama tarikh. Aku masih okay lagi kan sebab aku fikir maybe dia nak menabung nak beli rumah. Tapi lama kelamaan, aku rasa tak best. Nak makan sedap je mesti mengendeng aku untuk bayar.

Kalau untuk guna duit dia, nasi goreng telur mata + air sirap RM4. Tu maksimum dia bayarkan. Silap aku, masa mula kahwin aku tak pernah mintak nafkah zahir. Dia tahu gaji aku lagi besar dari dia so dia fikir tak perlu bagi.

Duit belanja dapur pun aku tak mintak. Mostly guna duit aku untuk beli barang barang dalam rumah ni. Dari ubat gigi sampai la barang basah, barang eletrik dan lain-lain. Jadi, kat situ dia fikir aku mampu untuk sara diri sendiri dan dia.

Lepas aku pergi kuliah, ustaz ada bagitau kewajipan suami adalah bagi tempat tinggal, persalinan untuk isteri luar dalam at least 2 pasang setahun, belanja dapur & keperluan isteri dan belanja harian isteri. Betulkan kalau aku salah.

So aku pun bagitau dia aku nak semua benda tu. Dia bagi aku RM100 sebulan untuk aku dan barang dapur. Logik tak? Si B ni jugak memang jarang aku tengok dia mengaji quran. Solat akhir waktu. Boleh qada’ sesuka hati sebab dia cakap at least dia solat jugak. Ya Allah, terk3jut aku time tu.

Aku mintak dia baca Al-Fatihah. Tajwid tak betul. Aku mintak dia baca ayat Kursi. Dia tanya aku balik macam mana. Surah lain jangan haraplah. Family dia semua alim, cakap pasal agama berdengung. End product, anak macam ni. Mungkin black sheep in the family. Aku bagitau dia takpe. Slowly belajar. Aku ajar dia.

Subhanallah Maha Suci Allah. Time aku nak ajar dia mengaji, masa tu dia penat, nak keluar pergi mancing, nak keluar jumpa kawan, pening kepala migr4in. Macam macam alasan. Sedih aku sedih. Sebab aku ingat dia boleh bimbing aku.

Aku ni bukanlah pandai sangat tapi bolehlah setakat ajar tu. Still ingat lagi ayat dia, tu urusan aku dengan Allah. Kau jangan masuk campur. Syurga kau bawah kaki aku. Kalau aku tak redha, kau ahli ner4ka. Allah tunjukkan sikit – sikit per4ngai dia.

Satu hari dia berhenti kerja. Aku pun tak sure sebab apa. So, aku ingatkan dia boleh cari kerja dalam masa yang singkat. Bila dia resign, all he did was staying at home dan lepak. Takde rasa nak buat part time atau cari jalan untuk bantu isteri.

Rasa macam bela biawak hidup. Masa tu semua tanggungjawab atas bahu aku, semua aku bayar akhirnya aku tak dapat nak simpan duit. Aku bagitau B, ni semua hutang dia dan dia kena bayar balik bila dia dah dapat kerja dan B setuju.

Satu kali tu, doktor sahkan aku ade depr3ssion sebabkan kerja dan rumahtangga aku. It was a very dark phase in my life. Aku penat, str3ss and aku tak tau macam mana nak lawan hadap semua tu. Suami aku, masa dia nak bersama je dia datang kat aku.

Akhirnya, aku pun berhenti sebab setiap kali aku drive balik kerja, akan ada satu perasaan untuk aku Ianggarnya mana mana kend3raan, biar senang. Kalau g4duh je, perkataan yang keluar dari mulut dia untuk aku adalah sundaI, jaIang. Ahli ner4ka. Aku takkan cium bau syurga. Macam – macam lagi.

Layak ke seorang lelaki macam ni jadi suami? Paling best bila aku tangkap dia tengok p0rn, aku just bagitau dia, tengok benda macam tu Allah tutup pintu hati. Terus dia meIenting bagitau yang aku ni lagi h1na dari peIacur bagi dia. Sebab teguran tu je. Habis dia m4ki aku.

Lepas aku resign, dia masih tak dapat kerja. Sebab malas nak usaha. Nasib baik aku ada duit simpanan boleh la buat bayar kereta dan makan bulan – bulan. Tapi simpanan m4kin susut, B masih tak kerja. Aku cari kerja dan alhamdulillah aku dapat kerja dekat dengan rumah walaupun gaji 2 kali kurang, tapi syukur ada pendapatan.

Suami aku tu jadi biawak hidup selama setahun, semuanya keluar dari poket aku. Jujurnya, waktu tu memang dah terdetik dari hati aku nak keluar dari perkahwinan ni. Aku s4kit, em0si aku s4kit. Mak ayah dia langsung tak nasihatkan dia. Lagi nak menangkan anak jantan dia.

Bila B dah dapat kerja, punya la berlagak. Aku pun tuntut balik la hutang aku. Boleh pulak dia cakap bila masa dia janji nak bayar balik. Aku dah kira lebih dari 20k sepanjang setahun tu. Duit saving aku pun tinggal tak banyak mana. Sedihnya masa tu. Dia ingat aku derma agaknya. Sambil dia dok meng4ngkang kat rumah setahun tak buat apa – apa.

Aku tak pernah bagitau mak ayah aku tentang masalah ni. Tapi B, macam – macam dia bagitau mak dia. Lagi best mak dia siap tambah api lagi. Bukan nak tolong tapi lagi nak bagi nasi tambah. Ya Allah, kira macam mak mertua from heII. Depan aku manis muka. Belakang kutuk habis – habisan.

Semua menantu perempuan dia buat macam tu. Kutuk menantu perempuan kat menantu perempuan lain. Bila ingat balik, sampai sekarang rasa tak boleh nak maafkan lagi. Kakak dan abang si B ni pun sama je per4ngai.

Betullah orang cakap, tudung labuh, kopiah tak melambangkan akhlak dan iman. Ada satu hari memang konflik dengan B, adik aku datang rumah. Terk3jut bila dia tengok rumah. Dia cakap macam rumah setinggan. Aku senyum je.

Adik aku nangis, kakak dia hidup dalam keadaan macam ni. Aku tahan je air mata. Sebab aku tau kalau aku nangis, dia akan rasa lagi sedih. Pernah dia bagitau aku yang dia takkan ceraikan aku tapi dia nak aku yang tuntut fasakh.

Aku pernah merayu pada B untuk lepaskan aku dari masing – masing s4kit hati dan simpan dend4m. Sebab bagi dia bila aku tuntut fasakh, tu akan tunjukkan aku yang nak cerai bukan dia. Dia masih akan nampak mulia dan jadi m4ngsa keadaan.

Awal Februari, kami g4duh. B cakap, aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku. Aku terk3sima. Dah jatuh talak ke? Terus aku pergi tanya ustaz, katanya tu lafaz mungkin lafaz kinayah tapi kena tanya kepastian B. Dia sarankan aku jauhkan diri aku, maksudnya tidur asing bilik.

Jadi, balik je rumah si B takde. Aku kemas barang aku dan aku pindah bilik sebelah yang dia buat bilik untuk simpan barang – barang dia. Dari tarikh tu, aku tak pernah bersama dia dan sedaya upaya tak nak bertembung dengan dia walaupun dalam rumah.

Masih aku ingat pertengahan Feb, lepas tahajjud aku doa, aku merintih aku menangis mintak Allah tolong aku. Kuatkan hati aku. Cekalkan hati aku. Aku dah tak kuat nak hadapi hidup dengan B. Lepas subuh, aku call mak aku. Aku nangis. Aku bagitau mak aku dari a to z.

Dari suara mak aku, aku tau dia pun sedih dan sebak. Aku mintak izin mak ayah aku pergi mahkamah dan rujuk pasal lafaz tu. Kalau tak valid, filekan fasakh. Ayah aku rujuk ustaz dan peguam. Dorang pun setuju yang aku patut keluar dari perkahwinan ni. Secara jujurnya, ia merupakan proses yang amat panjang tetapi keluarga aku sentiasa ada dan beri semangat pada aku.

Pada bulan Mei, masa puasa aku berjaya cari rumah sewa area berdekatan. Jadi aku bagitau tuan rumah yang aku akan move in lepas raya. Aku plan senyap – senyap. Siap buat list apa yang kena bawak keluar. Masa raya aku tak balik sebab aku takde duit.

Tunggu gaji. B seminggu sebelum raya dah hilang balik kampung dia. Jadi, masa tu aku sikit – sikit angkut barang dalam rumah tu, yang aku beli dengan duit aku bawak masuk rumah baru. Memang aku tak tinggal sikit pun.

Aku tak kisah la ape dia nak m4ki aku. Asalkan aku keluar dari cengk4man dia. Lepas raya, aku still kat rumah family aku. B whatsapp aku tanya kenapa rumah kosong. Kenapa aku tinggal rumah kipas tak off. Aku memang sengaja tak off kipas.

Bil elektrik pun aku bayar sebelum ni. Nak bising lagi kan. Aku buat tak tahu. For the whole week dia whatsapp aku tanya ada kat mana la, kenapa tak balik rumah la. Akhirnya aku reply tunggu surat dari court untuk tarikh bicara.

Mungkin masa tu dia rasa takut sebab fikir aku nak tuntut segala nafkah tertunggak dan hutang dari dia. Sedaya upaya dia yakinkan aku yang dia dah berubah. Tak nak g4duh lagi. Macam – macam. Tapi aku tak layan. Cukuplah 3 tahun aku sia – siakan masa aku dengan B.

Bila tak dapat pujuk aku, dia gunakan mak dia. Kononnya aku boleh cair dengan pujukan orang tua tu. Sorry, bila aku dah buat keputvsan, aku tak akan patah balik. Sebulan sebelum tarikh bicara mak B call aku. Tanya aku tinggal kat mana, dah fikir masak – masak ke, blab bla bla.

Seri0usly time tu bila aku dengar je suara mak dia, aku rasa macam nak t3ngking, nak marah semua ada. Betapa fake ini orang tua. Aku jawab simple je, mintak maaf lawyer tak bagi communicate. Kalau ada pertanyaan boleh call lawyer saya.

Nampak biadap tapi tu yang terbaik untuk aku baIas. Kemudian aku terus letak phone. Seminggu sebelum masuk court, ayah dia ajak jumpa nak jernihkan keadaan. Tapi aku cakap baik – baik, aku dah tawar hati. Aku tak nak teruskan lagi.

Jumpa pun takde guna sebab aku tak akan ubah fikiran. Aku mintak maaf kat dia dan cakap aku bukan yang terbaik untuk anak dia. Ayah B menangis. Dia bagitau aku, waktu B tak kerja setiap bulan dia bagi duit kat B untuk beli barang dapur dan bayar sewa rumah kurangkan beban aku.

Kalau nak balik kampung B, ayah dia mesti bagi duit belanja minyak dan tol. Semua tu tak pernah pun B bagitau kat aku. Dia guna duit tu untuk keperluan dia je. Banyak lagi tembeIang dia keluar waktu kami bercakap dalam phone. Jadi aku sem4kin yakin tindakan aku memang betul.

Alhamdulillah, aku diceraikan dengan taIak satu walaupun waktu tu B buat drama menangis depan hakim. Janji dia akan berubah. Macam – macam lagi la. Tapi aku bagitau kat hakim enough is enough. Aku tak akan ubah fikiran walau dia letak pis4u kat leher aku.

Lepas je lafaz, aku rasa lega. Rasa macam satu beban yang amat besar dah hilang. Keluar je dari bilik bicara, B datang jumpa mak aku. Mak aku bagitau dia, jangan buat anak orang macam ni lagi lepas ni. Mak aku terus tinggalkan dia lepas tu. Mak mana sanggup tengok anak kena macam ni kan.

Sepanjang tempoh iddah, hari – hari B whatsapp aku pujuk nak rujuk balik. Aku tak layan je. Entah dari mana dia dapat tahu rumah aku, dia datang tunggu aku dari luar gate. Pujuk balik rumah. Nasib baik jiran aku dah tahu dengan situasi aku. Semua buat tak layan. Tapi m4kin menjadi – jadi. Balik kerja je, dia datang rumah aku untuk pujuk balik.

Dah tak tahan, aku call polis bagitau yang dia mengganggu aku dan jiran. Jadi, polis datang and bagi warning kalau benda ni jadi lagi dia akan kenakan tindakan. Jiran aku syorkan aku buat report polis jugak sebagai langkah berjaga – jaga.

Lepas dari kejadian tu, dia dah tak datang ganggu aku tapi masih whatsapp. Langkah senang, aku block nombor dia. Aku tak kisah pun kalau orang cakap belakang aku ni janda ke tak reti jaga laki sebab tu kena cerai. Sebab dorang tak rasa apa yang aku rasa.

Aku pun malas nak terangkan, tak dapat apa faedah pun. Biar je la dorang nak mengata ke nak m4ki ke. Tak luak pun. Yang penting sekarang hidup aku happy. Depr3ssion aku pun dah sembuh. Kalau orang cakap macam la aku tak buat salah dalam isu ni.

Yes aku admit. Aku pun ade khilaf jugak dalam perkara ni. M0od sw1ng. Aku mengaku aku selalu g4duh sebab tak tahan dengan per4ngai dia. Jenis aku bukan jenis nak mengadu kat mertua atau mak ayah aku. Jenis aku, kalau ada problem aku nak selesaikan sama sendiri. Tak nak ada orang lain jadi nasi tambah.

Alhamdulillah, aku dah jumpa seseornag yang betul – betul terima aku seadanya. Yang terima baik buruk aku dan bersama aku time susah dan senang. Yang selalu nasihat aku, bagitau aku bila aku buat salah. Insya allah kami akan kahwin hujung tahun ni. Doakan kami.

Nasihat aku, kepada yang bergelar janda. Tak payah kisah la kata orang. Dorang tak aIami apa yang kita dah aIami. Biar je mulut orang tu. Lama – lama diam jugak. Buat pekak je. Tak perlu nak explain pape. Bila kita dah usaha bermacam – macam tapi masih tak dapat selesai, Allah ada.

Sebab Allah takkan membebani h4mbanya dengan perkara yang kita tak dapat nak lalui. Untuk yang nak kahwin, amat perlu untuk tahu dan kenal bakal suami korang dan keluarga. Jangan takut untuk keluar dari t0xic marriage. Cari yang sekufu. Sekufu bukan je dari segi harta, pelajaran dan lain – lain. Sekufu juga dari persefahaman. Cara berfikir. Macam – macam lagi.

Aku tertarik dengan quote dari Prof Muhaya “Wanita paling maIang adalah wanita yang tersalah pilih suami. Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik.

Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri. Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”. – Nas (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Adilah Zainal : Apa pun dari start kita terfikir pasal jod0h, panjatkan doa kepada Allah supaya diberikan jod0h yang baik, bertanggungjawab dan beriman. Sesunggungnya Allah itu Maha mendengar lagi mengasihani. Tapi jika sudah qada dan qadar telah ditentukan, berlapang dad4lah dengan ujian dari Allah.

Sesungguhnye Allah menguji sebagai tanda Sayang Dia kepada h4mbaNya. Tahniah cik, semoga perkahwinan yang akan datang, kekal hingga ke syurga dan dirahmati.

Atiqah Amiruddin : Cerita kita banyak persamaan mengenai t0xic marriage walaupun tak serupa. Salute kerana confessor lebih kuat dan tegas dalam membuat keputvsan.

Selepas lafaz taIak dijatuhkan terasa seperti satu batu yang berat jatuh dari kepala, dan rasa lapang – selapang – lapangnya. tak dapat digambarkan perasaan tu.

Bezanya saya sehelai sepinggang bersama anak, segala barang – barang yang dibeli digunakan oleh ex dan mengaku semua miliknya.

Tapi Allah gantikan kehidupan dan rezeki yang jauhh lebih baik dan yang penting ketenangan dan kebahagiaan terutama bila suami dan keluarga baru menerima kita seadanya dengan layanan yang sangat baik.

Yang penting bukan jenis umpat mengumpat bert0pengkan agama. Segala kep3ritan insyaAllah Allah akan ganti dengan kebahagiaan. Didoakan agar confessor berbahagia hingga ke syurga hendaknya. Aamiin..

BACA: Awal Ashaari hilang 17 kilogram ramai nak tahu puncanya