“Masa bercinta kentut pun wangi, lepas kahwin baru sedar , sampai aku belikan perfume’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Biasalah masa bercinta yang indah-indah sahaja diingati, segala kekurang ditolak tepi lepas kahwin mulalah nak mengadu itu ini.

Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya ada kekurangan masing-masing maka perlu saling melengkapi dan bantu berubah.

Buat wanita ini, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menegur bau badan suami yang agak kuat namun tiada perubahan berlaku.

Aku ini adalah tipikal wanita biasa yang suka akan wangian tak perlu minyak wangi mahal asalkan pembersih dan tidak bau busuk.

Aku dah berkahwin dan ada dua cahaya mata. Hidup aku tidak mewah, sangat sederhana dan berkorban kerjaya demi menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Masa bercinta kentut pun wangi, lepas kahwin baru sedar , sampai aku belikan perfume’

Betul kata orang. Bila bercinta kentut pun wangi tapi bila dah berkahwin. Nauzubillah, aku jadi tertekan dengan suami yang ada bau badan kuat dan tak menjaga kebersihan mulut.

Benda ni yang selalu buat aku turn off bila sudah setengah jalan nak ‘bersama’. Aku selalu menyumpah dalam hati, busuknya!

Demi jaga hati suami aku aku teruskan ia seperti biasa cuma aku tak gembira terutama bau mulut, sebolehnya aku elak daripada cium suami.

Bukan aku tak pernah tegur. Banyak kali dah sampai aku malas nak cakap apa-apa dah dekat suami.

Aku siap belikan minyak wangi, penyembur badan, ubat ketiak, listerine dan chewing gum, cuma dia sahaja tak rajin nak jaga kebersihan badan.

Gosok gigi bila nak pergi kerja sahaja. Boleh kata sehari sekali je dan bila ajak pergi jumpa doktor gigi dia tolak.

Sampai aku dah buntu nak buat apa. Tak sanggup nak hadap hari-hari mendatang, kebersihan ni tak perlu pun nak tegur sebenarnya.

Dah terang-terang Islam pun utamakan kebersihan. Aku kadang terfikir nak buat benda sama, tak mandi satu hari atau tak gosok gigi satu hari.

Nak bagi badan busuk bagi dia rasa apa yang aku rasa tapi aku tak boleh, memang aku rasa aku yang akan mati kalau buat macam tu, tertekannya.

Baca juga: ‘Kalau ditakdirkan mereka bersatu kembali..’ Yusof Haslam mengharap Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin semula?