Aku Mior. Aku seorang tr4nsg3nder kot. Nak kata laki bukan, nak kata perempuan ya tapi bapak pulak kerap nafikan.
Aku lahir dalam family yang semua perempuan but aku dilayan macam anak lelaki oleh ayah aku sendiri sebab dia giIa.
Mak aku pernah cakap, ayah aku tu giIa. Luar nampak w4rak, dalamnya h4ncur. Aku anak bongsu, jadinya bila aku lahir.
Ayah nak sangat anak lelaki, tapi tu lah kuasa Allah. Masa mak scan aku, doktor cakap aku laki sebab scan nampak bebird.
Tapi bila keluarnya perempuan, maka h4ncurlah harapan ayah untuk ada anak laki dari keturunan dia.
Kadang – kadang aku fikir balik, aku ni ke yang ayah maksudkan as baIa. Ayah aku bekas ask4r, makanya cara dia displinkan aku agak tegas sedikit berbanding adik beradik lain walaupun aku yang bongsu.
Dari umur 7 tahun, aku dah diajar untuk ada sifat lelaki. Bukan sifat tanggungjawab jer… tapi lebih dari itu. Berbirat jugaklah belakang badan kena pukuI pakai getah paip, tali pinggang dengan rotan buluh sebab bila ada salah tak kisahlah salah tu aku yang buat or adik beradik yang lain, mesti aku yang kena.
Ayah aku ni baran, tapi barannya banyak lepas kat aku. Kadang – kadang aku tertanya – tanya mana perginya adik beradik yang lain. Kalau ikut dongeng, selalunya kakak sulung yang lebih bertanggungjawab an? tak pada aku.
Bila aku dah besar, ayah sengaja hantar aku pergi universiti awam yang ada buat pengambilan untuk pegawai simpanan ask4r. Lepas tu masa hari pendaftaran, sengaja dia daftarkan nama aku dekat khemah yang buat pengurusan pengambilan kadet.
Sudahnya semua aku tanggung sendiri. Masa belajar bila mintak duit, ayah akan cakap dia tak ada duit, dan dia suruh aku guna duit elaun latihan aku apa semua. Ayah aku ni bukan orang yang susah and betul – betul susah.
Masa adik beradik lain masuk uni, beria dia gadai kebun lah keluarkan duit simpanan dia lah apa lah, time aku… Hmm habuk. Kena pinjam ptptn pun dia tak nak jadi penjamin ye. Mak aku lah yang akhirnya kena jadi penjamin aku.
Time aku tauliah, batang hidung dia pun tak nampak. Tapi habis jer aku tauliah, sakan dia buat kenduri kesyukuran kata anak dia bakal jadi pegawai ask4r. Last – last aku tak pergi pun lapor diri ke unit sebab aku mengalami depr3ssion.
Tu pun ayah dok ulang – ulang bahan aku depan adik beradik aku yang 2 kali 5 otak dengan ayah aku tu. Boleh dia kata depr3ssion tu peny4kit ngada – ngada. Mak aku jugak yang bijak bab tu and redakan situasi sebelum aku pukuI bapak aku tu.
Bila aku sedar yang aku kena keluar dari pemikiran ayah, aku cuba cari jalan keluar sampai meIetusnya perg4duhan antara anak beranak. Ayah aku tahu dia r3muk hatinya dengan per4ngai aku, tapi dialah punca aku kadang – kadang fikir aku ni laki ke perempuan, kalau perempuan kenapalah aku selalu dianggap as baIa padahal adik beradik aku lain perempuan, tak ada masalah pun.
Sejak meletusnya perg4duhan yang hampir menyebabkan aku kehilangan nyawa di tangan ayah sendiri, aku jadi terasing. Mak, pernah lah chat aku awal – awal tu. Pastu dia hilang. Terasa hati mungkin sebab dah 5 tahun aku tak balik raya termasuk raya tahun ni, 2024.
Ayah atau adik beradik lain, hmmm… jangan harap nak tegur aku, rasanya nombor phone aku tak pernah tukar pun, tu pun tak ada yang nak call ke, wasap ke, tak ada. Semalam aku adalah balik, tapi balik meng3jutlah. Dah diorang tak contact aku, aku contact pun masing – masing macam dah tukar nombor.
Jadinya aku baliklah meng3jut, kang kata aku putuskan silaturahim padahal d4rah daging. Ikutkan ego aku memang tak nak pijak langsung rumah tu, tapi sebabkan rindu aku balik jugak. Time aku balik tu pulak aku nampak rumah dah banyak berubah.
M4kin besar siap ada kereta besar – besar park depan rumah. Dan time aku balik tu macam tengah ada kenduri kahwin cenggitu. Tapi aku tak terfikir pun nak masuk, aku just intai dari jauh. Yelah, aku ni pun pakainya honda cup buruk.
Kereta park depan rumah tu kereta – kereta T20 and M40. Belum sempat aku nak cau tiba – tiba ada orang tegur aku cakap, “ingat tak ingat jalan balik” dan aku tengok muka dia lama – lama rupanya bapak aku. Aku ingat dia tak ingat aku.
Yelah benda yang jadi tu 8 tahun lepas. 3 tahun lepas aku cau dari rumah aku still beraya kat rumah tapi tu pun kena jadi bahan isu depr3ssion tu dan keadaan aku yang tak seberjaya anak – anak dia yang lain. Di suruh aku masuk, kakak atas aku kahwin.
Aku tak nak, yelah sebab masa tu aku just pakai t-shirt b0doh – b0doh, selipar pun selipar jamban. Sekali tengok orang ingat mat pet. Tapi kan.. Bila masuk rumah tiba – tiba bapak aku suruh aku ambik barang kat stor sekali tengok banyak ye baju kurung, blouse, alat penjagaan diri pompuan, perfume, dan make up – make up.
Mula – mula tu aku macam sh0ck, apalah bapak aku suruh aku buat ni sekarang. Tiba – tiba bapak aku cakap “tu semua adik punya. Abah mintak maap”. Pastu dia nangis. First time tengok abah nangis seteruk tu. Dia peIuk aku civm dahi aku banyak kali mintak maaf. So persoalan aku, bapak aku ni ingat aku ke tak sebenarnya?? Patut ke aku sambung merajuk??? – Mior (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mashitah Mashie : Dik.. Bila seorang ayah dah jatuhkan egonya sebagai seorang ayah.. mengaku salah silapnya.. awak patut rasa bersyukur. Sebab tak mudah untuk dia dan boleh kira dengan jari berapa ramai je seorang ayah yang mampu buat semua tu.
Awak lebih kenal ayah awak dik then awak nilailah sendiri keikhlasan dia. Semua orang buat silap.. semua. Kita ni manusia biasa yang tak lari dari berbuat d0sa. Trust me.. awak dan ayah awak insan yang baik. Insan yang Allah pilih untuk di uji sebegini.. berdamailah dengan takdir. 8 tahun dah cukup lama untuk ubati sebuah Iuka. Binalah kenangan baru untuk awak kenang. Good luck and take care.
Farah Ant : Nah baru dia tahu takut kau jadi lelaki jadian. Alhamdulillah. Okay lah tu. Sebenarnya, aku rasa dia paling sayang kau. Silapnya dia anggap kau lah pengganti anak lelaki yang dia tak ada. Rasanya kalau korang direzekikan ada adik beradik lelaki, begitu juga lah dia layan.
Dia belikan barang perempuan tu sebab dia dah insaf lah tu. Tak nak kau jadi macam bangjat yang keliru identiti. Nanti kat akhir4t, dia yang akan dipersoal sebab punca kau keliru jantina sendiri.
Raudzah Arippin : Ayah tu m4kin berumur, dia m4kin banyak berfikir, banyak dengar ceramah agama, banyak dengar pesan orang – orang alim. Mesti dia rasa menyesal. Semoga hubungan keluarga sem4kin pulih.