Di kala kebanyakan pempengaruh media sosial memilih untuk mengulas tentang makanan, gaya hidup, atau destinasi pelancongan,
Marissa Wong tampil dengan kelainan – menjadikan tandas awam di Malaysia sebagai bahan ulasan utama.
Pengalaman peribadi menggunakan tandas awam yang kotor menjadi pencetus bagi pelawak komediri dan pempengaruh berusia 28 tahun ini
untuk mengangkat isu kebersihan tandas awam di platform TikToknya, @marissawong96.
Dengan tanda pagar unik, #berakbersamamarissawong, dia berjaya mencuri perhatian ramai sejak dua tahun lalu menerusi gaya ulasan santai dan penuh humor.
“Idea ini timbul selepas saya sedar hampir semua pempengaruh mengulas tentang makanan. Jadi, saya fikir kenapa tidak saya ulas mengenai kebersihan tandas? T
opik ini mungkin tidak glamor, tetapi sangat penting dalam kehidupan seharian,” katanya kepada Bernama.
@marissawong96Walaupun flight dia slow sikit tapi itu flush tak ada delay! bersih juga
Tandas Awam Jadi Perhatian UtamaMarissa, atau nama sebenarnya Wong Wern Chin, kini mempunyai lebih 116,000 pengikut di TikTok. Salah satu video ulasannya yang meraih perhatian ialah mengenai tandas awam di sebuah restoran di Bangsar, yang mencatat 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik.
Hasil pemerhatiannya, kebanyakan tandas awam di Malaysia masih jauh daripada standard kebersihan asas. Masalah seperti ketiadaan sabun dan tisu, lantai basah, pengudaraan yang lemah, fasiliti rosak, dan akses terhad untuk Orang Kurang Upaya (OKU) adalah isu yang sering ditemuinya.
Imej Negara Terjejas
Bagi anak kelahiran Subang Jaya, Selangor ini, masalah kebersihan tandas awam tidak hanya menjejaskan keselesaan pengguna, tetapi juga imej negara.
“Tandas awam yang tidak terjaga mencerminkan budaya dan sikap masyarakat. Isu ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan dengan penyebaran penyakit berjangkit, tetapi juga memberi impak negatif kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara,” katanya.
Cadangan Hukuman untuk Vandalisme
Selain isu kebersihan, Marissa juga mendapati masalah vandalisme antara penyebab utama tandas awam rosak.
“Bagi individu yang melakukan vandalisme, saya cadangkan mereka dikenakan hukuman seperti mencuci tandas awam untuk tempoh tertentu. Mungkin kerajaan boleh jadikan ini satu undang-undang baharu,” usulnya.
Membentuk Kesedaran Positif
Melalui pendekatannya di media sosial, Marissa berharap dapat mengubah mentaliti masyarakat supaya lebih peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas awam.
Menurutnya, tanggungjawab ini tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada pemilik premis semata-mata.
Dia juga meluahkan rasa gembira apabila kandungannya mendapat respons positif, bukan sahaja daripada masyarakat tetapi juga pengurusan tandas awam yang kini lebih terbuka untuk menambah baik fasiliti mereka.
Sokongan Terhadap Inisiatif Kerajaan
Marissa turut memuji usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memberi penekanan terhadap kebersihan tandas awam sejak tahun lalu.
“Inisiatif ini tepat pada masanya. Kebersihan tandas awam adalah salah satu aspek yang boleh membanggakan negara di mata pelancong dan rakyat sendiri,” katanya optimis.
Dengan pendekatan uniknya, Marissa Wong tidak sekadar mencipta kelainan dalam dunia pempengaruh, tetapi turut menyumbang kepada kesedaran dan perubahan positif terhadap isu yang sering dipandang remeh.
BACA: Trauma Covid-19 pun tak habis, datang pula HMPV, apa itu?
1 thought on “Marissa Wong kini di berikan gelaran ‘gadis tandas’ ini sebabnya”