Datuk Nora Ariffin mengesahkan bahawa beliau telah rujuk semula dengan bekas suaminya,
Dr Rushdi Ramli, selepas sebulan bercerai.
Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai proses rujuk tersebut.
Menurut Nora, penjelasan ini dibuat bagi mengelakkan sebarang fitnah.
“Dengan kuasa Allah SWT, kami telah kembali rujuk.
“Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Utusan.
Sebelum ini, pada Ogos lalu, Nora diceraikan menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh penyanyi itu di Instagram.
Dalam sidang media Nora menyatakan bahawa beliau menyerahkan kepada takdir mengenai kemungkinan untuk mereka rujuk semula.
BACA: “Mak mentua tak pernah layan aku dengan baik, lepas jatuh sakit aku poula kena bela dia”